Thursday, August 18, 2011

BLOGGERS PRO-KERAJAAN DAN PRO-ISLAM SENTIASA BERSAMA PAPA GOMO




Tindakan blogger Papa Gomo dan rakan bloggers yang lain mendedahkan dokumen yang berkaitan campur tangan pemimpin PKR telah mendapat reaksi hangat daripda kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama Khalid Samad dan Nik Nazmi. Bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan Papa Gomo, Khalid Samad, Nik Nazmi dan beberapa pemimpin PKR lain telah membuat sidang akhbar dan menyatakan akan menyaman Papa Gomo.


Menurut Papa Gomo, apakah dokumen yang disiarkan dalam blognya itu palsu seperti yang diperkatakan Pakatan Pembangkang? Bagaimanakah dokumen itu dikatakan palsu sedangkan pemimpin Pakatan Pembangkang tahu dan mengetahui bagaimana campurtangan beberapa pemimpin PKR dalam isu JAIS dan Gereja serta MBPJ.


Dalam menegakkan kebenaran, Papa Gomo menjelaskan beliau sesekali tidak gentar dengan tindakan Pakatan Pembangkang yang mahu menyamannya. Adalah menjadi tugas Papa Gomo sebagai umat Islam mendedahkan kebenaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam membongkar putar belit Pakatan Pembangkang dalam isu gereja ini.

Papa Gomo pastinya tidak akan berseorangan dalam menangani isu ini kerana percaya ramai bloggers yang prokerajaan mahupun proIslam akan menyokong Papa Gomo yang telah dianiayai pemimpin Islam Pakatan Pembangkang yang gilakan kuasa politik.

"Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentadbiran apabila DUMC membina gereja di tempat yang tidak dibenarkan. “Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta dengan kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” 


Penguatkuasa MBPJ sendiri mengakui bahawa bangunan DUMC tersebut adalah pusat Komuniti dan telah disalahguna sebagai sebuah gereja. Namun sehingga kini MBPJ tidak menjalankan sebarang tindakan ke atas bangunan tersebut. Kenapa MBPJ tidak bertindak? 

Jika sudah diakui bangunan tersebut HARAM dan salah, sewajarnya mereka pimpinan Pakatan Pembangkang mengambil tindakan langsung dengan menyita bangunan tersebut demi kebaikan semua pihak. Tetapi ironinya sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Kerajaan Negeri Selangor bertindak keatas Gereja DUMC yang haram itu. 

Isu Gereja DUMC yang mengadakan majlis memurtadkan umat Islam ini juga sama sepertimana isu arak yang lalu. Cuma kali ini campur tangannya cukup hebat dan besar kerana impak dari isu gereja membolehkan Pakatan Pembangkang PAS, DAP dan PKR kehilangan undi dari golongan Melayu iaitu Islam pada PRU-13. 



Justeru apabila pendedahan dilakukan oleh media massa dan blog maka kesannya amat besar buat Pakatan Pembangkang DAP, PAS dan PKR terutama PKR dan PAS yang mana di dalam keahlian mereka kuasa dominan adalah terdiri dari orang Islam. 

Papa Gomo dipersalahkan kerana pendedahan dokumen campur tangan mereka yang berkepentingan dalam isu gereja ini. Kenapa Papa Gomo yang harus menerima bala sedangkan mereka yang berjawatan dan merupakan pemimpin dalam Kerajaan Negeri Selangor dilihat menutup mata dalam operasi JAIS menyelamatkan orang Islam di DUMC? 

Ternyata dalam hal ini, pemimpin Islam Pakatan Pembangkang seperti Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Nik Nazmi dan beberapa pemimpin Islam Pakatan Pembangkang lain merupakan tunjang dalam memecahbelahkan orang Islam. Sokongan mereka sangat yang secara jelas membuktikan mereka (pemimpin Islam Pakatan Pembangkang) telah dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin DAP. Yang nyata ketika ini mereka (pemimpin DAP) tersenyum riang atas pertelingkahan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang Islam.  

Di bulan yang penuh barakah ini, marilah para bloggers memberikan sokongan kepada Papa Gomo untuk terus dedahkan penyelewengan Pakatan Pembangkang yang rakus untuk merampas kuasa. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger