Thursday, August 25, 2011

DAP TERUS MAINKAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK



Sebut saja, adakah permintaan keluarga Beng Hock dalam menyelesaikan kes kematian Beng Hock tidak dilayan? Pastinya semua permintaan keluarga Beng Hock sebelum ini termasuklah penubuhan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Beng Hock telah dilayan kerajaan. Tetapi, tidakkah keluarga Beng Hock ini memikirkan kos yang telah ditanggung kerajaan hanya semata-mata memenuhi permintaan keluarga Beng Hock ini.

Pada 15 Jun 2011, Suruhanjaya Menyiasat Kematian Beng Hock telah diumumkan kepada umum, iaitu setelah setahun suruhanjaya bersidang dan mengadakan perbicaraan. Dalam perbicaraan suruhanjaya itu, terbongkar bagaimana rasuah menyelebungi kes kematian Beng Hock dengan melibatkan majikan Beng Hock sendiri. Namun, kes itu disembunyikan berikutan perbicaraan itu lebih kepada mahu merungkaikan kematian Beng Hock dan bukannya mencari kesalahan rasuah DAP.

Semalam, keluarga Beng Hock sekali lagi mencetuskan ‘suasana’ baru apabila keluarganya telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Beng Hock.

Permohonan itu difailkan oleh adik lelaki mendiang, Teoh Meng Kee, 35, menerusi firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & co. Di Mahkamah Tinggi. Dalam permohonan itu, keluarga Beng Hock telah menamakan pengerusi dan empat panel suruhanjaya siasatan tersebut sebagai responden-responden.

Apakah permohonan ini mahu mengalih tumpuan rakyat daripada mengikuti perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang ketika ini sedang hangat berlangsung? Ada kemungkinan kerana keluarga Beng Hock memfailkan semakan kehakiman ini dibuat menerusi firma guaman yang sama membela Anwar Ibrahim sekarang ini.

Rakyat Malaysia sudah bosan dengan kerenah keluarga Beng Hock ini yang bukan sahaja cuba menarik publisiti bahkan mahu menunjukkan bahawa undang-undang di Malaysia mudah dipermainkan sepertimana yang sedang dibuat Anwar Ibrahim dan pasukan pembelanya.

Seharusnya permintaan keluarga Beng Hock ini tidak perlu dilayan dan tetapkan bahawa keputusan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Beng Hock menjadi keputusan muktamad. Sudah tiba masanya keluarga Beng Hock menerima kenyataan bahawa Beng Hock sudah mati dan ini terlipat dalam lipatan sejarah keluarganya bersama DAP. 

2 komen:

  1. Udah mampos @ jeeuun. ya udah, bakarin aje uang HELL NOTE agar tenteram hantu nya

    ReplyDelete
  2. Sudah-sudahlah nak pertahankan Teo Beng Hock tu. Sudah pun ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memuaskan hati semua pihak. Dah jelas keputusan suruhanjaya itu,tiada apa lagi kebenaran yang perlu dicari. Mmg diakui siapa yang tak sayangkan pada anak atau ahli keluarga, tapi hakikat sebenarnya telah pun diperoleh.

    Khas buat keluarga Teo Beng Hock, ini semua mainan politik sebab nak dekat PRU-13 dan anda semua dipergunakan @ diperalatkan sahaja oleh parti politik, biasalah nak dapatkan undi simpati.

    P/S : Kalau betul lah perjuangan atau pembelaan yang ditunjukkan oleh parti politik berkenaan, kenapa setiap kematian yang mencurigakan di Malaysia, tidak diperjuangkan....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger