Friday, August 26, 2011

DR ASRI SOKONG KENYATAAN HASSAN ALI BIDAS PAS DAN KERAJAAN SELANGOR




Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui umat Islam yang terlibat dan menyertai aktiviti keagamaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja. Ini berdasarkan temu bual salah seorang individu yang ditahan JAIS dalam pemeriksaan JAIS.

Susulan itu, kenyataan Datuk Hassan Ali sebelum ini yang menyokong tindakan JAIS dalam menangani permasalahan murtad di kalangan umat Islam di Selangor adalah benar. Dr Asri sebaliknya setuju dengan kenyataan Datuk Hassan Ali itu bahawa Kerajaan Selangor dan PAS bertanggungjawab dalam hal ini.

Dr Asri juga menemplak penganjur majlis itu bahawa aktiviti di DUMC itu hanya bersifat majlis komuniti sahaja. Manakan ada majlis komuniti yang menganjurkan kuiz berkaitan Islam terhadap peserta beragama Islam dalam majlis itu kecuali disebabkan beberapa maksud tersirat.

Seorang ibu tunggal dalam temu bualnya bersama Dr Asri mengaku dirinya masih Islam, tetapi anak-anaknya cuba diterapkan ajaran Kristian dan diajar nyanyian lagu-lagu keagamaan. Ini sekaligus menafikan dakwaan penganjur majlis bahawa majlis yang diadakan itu adalah bersifat berbuka puasa.

Menurut ibu tunggal itu lagi, kesemua yang dilakukan mereka itu (umat Islam yang mengikut majlis Kristian) disebabkan untuk hidup. Selama ini mereka ini telah mendapat bantuan untuk hidup dan menyebabkan berasa terhutang budi.

Atas sebab itu, mereka tidak bermasalah untuk mengikuti majlis keagamaan Kristian untuk diri dan anak-anak mereka dan seterusnya memurtadkan diri mereka dengan keluar Islam dan memeluk agama Kristian.

"Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya".

Dr Asri juga percaya Gereja DUMC itu bijak menggunakan kesempatan di atas perpecahan umat Islam di Selangor yang disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim. PAS yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Selangor hari ini ternyata tidak menjalankan amanah dan tanggungjawabnya untuk memelihara umat Islam di Selangor.

Mengakui pendekatan yang dilakukan Gereja DUMC terhadap umat Islam pada ketika ini sangat mempengaruhi minda penganut Islam. Menjadi amalan pendakwah gereja bahawa sifat membantu dan bijak merebut peluang harus ditekankan dalam kaedah mendakwah supaya mereka yang terbabit akan berasakan termakan budi.

Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan 'mesra dan sayang'. Apakah peranan yang dimainkan organisasi yang menguruskan zakat di Selangor seperti Pusat Zakat Selangor selama ini?

Saban tahun, organisasi pusat zakat berjaya mengutip jutaan ringgit daripada umat Islam di Malaysia mengikut negeri. Tetapi, ke manakah perginya wang zakat itu? Apakah ianya disalurkan kepada mereka yang benar-benar menerimanya?

Sebelum ini, cadangan Kerajaan Selangor yang mahukan wang hasil zakat umat Islam itu turut digunakan untuk membantu rakyat yang bukan Islam. Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat persetujuan disebabkan tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan ia dibolehkan. Bagaimana Kerajaan Selangor mahu menggunakan wang itu untuk membantu mereka yang bukan Islam sedangkan ramai lagi rakyat Selangor yang beragama Islam hidup dalam kesusahan?

Minifesto Kerajaan Selangor dalam PRU-12 lepas yang mahu menghapuskan miskin tegar di Selangor hanya tinggal kenangan dan sekadar janji manis palsu.

Inilah nasib umat Islam di Selangor yang kebanyakannya terpinggir di negeri sendiri. Demikian juga nasib yang sama menimpa rakyat Melayu Pulau Pinang yang sekarang ini ditindas dari segi mental dan fizikal. Manakala rakyat di Kedah dan Kelantan terpaksa menelan hakikat bahawa kehidupan mereka di bawah Kerajaan Pakatan Pembangkang lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding mahu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Akhirnya rakyat sendiri yang terperangkap selepas terpesona dengan janji manis politik palsu. Tahniah kepada rakyat Sarawak yang sebelum ini banyak dimomok janji-janji palsu Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas, tetapi akhirnya tetap memilih Barisan Nasional untuk terus memerintah berasaskan kemampuan dan kebijaksanaan pemimpinnya. 

2 komen:

  1. di kampung akupun wang zakat fitrah hanya dibagikan kepada kaum keluarga dan kroni pak Imam pakatan pembangkang (PKR) je. anak imam dan ipar duainya dapat wang zakat fitrah baru-baru ini.

    ada makcik yang umur 70 tahun duduk sorang-sorang takda kerja dan tanah kebun tak dapat pulak padahal jarak rumahnnya dengan pak imam tu cuma dalam 200 meter je. anak pak imam tu yang berniaga dan ada kereta dapat pulak wang zakat.

    Siapakah yang salah?

    ReplyDelete
  2. kenapa mesti islam berpecah,kenapa nik aziz dan hadi awang bersikap seperti anwar ibrahim...knapa suka sgt berpeluk dengan keliang paria karpal singh bodoh ni daripada bersatu membangun malaysia,susah sangat ke ?bgus kita bersatu,mahathir+najib+nik aziz+hadi awng. aku betul-betul x puas hati,belajar setinggi langit sampai ke mesir,ambil sanat samapai ke nabi,belajar itu dan ini tapi balik pecah belah kan islam..dulu aku ni penyokong pas..tapi bila aku tgk perangai masing-masing mendokong dan di tarik hidung oleh keling singh ni,aku naik menyampah.bagus aku sokong umno walaupun ada cina dan keling daripada sokong pas tapi idealogi keling..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger