Tuesday, August 16, 2011

EZAM DIDAKWA UGUT MALAYSIAKINI, PERBUATAN MALAYSIAKINI FITNAH PEMIMPIN KERAJAAN BUKAN UGUTAN?





Kontroversi serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist 2 minggu lepas sebenarnya telah dimulakan oleh Malaysiakini yang telah memutarbelitkan fakta sebenar. Menurut JAIS, perkataan serbuan itu sengaja digunakan Malaysiakini bagi memberikan tanggapan buruk JAIS dan agama Islam di mata masyarakat bukan Islam.

Menjadi budaya Malaysiakini yang sentiasa mahukan setiap berita dan artikelnya sensasi serta mendapat rating tinggi khususnya dalam menentang kerajaan dan BN. Malaysiakini yang dikaitkan dengan Pakatan Pembangkang sentiasa cuba untuk memburukkan kerajaan, tetapi mereka tidak melihat kesalahan mereka.

Dalam kes artikel serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist sengaja diperbesarkan bagi memberikan impak besar ke atas JAIS dan Islam itu sendiri memandangkang pemimpin Islam Pakatan Pembangkang lebih banyak melindungi agama bukan Islam berbanding Islam itu sendiri. Inilah sebabnya pemimpin Pakatan Pembangkang bukan Islam dan Pemilik Malaysiakini sengaja memainkan sentimen agama.


Terbaru, Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa kenyataan Senator Ezam Mohd Nor yang mahu membakar dua portal berita milik Pakatan Pembangkang termasuk Malaysiakini sebagai perbuatan jenayah.

“Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

“Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain,” kata Surendran.


Ezam membuat kenyataan itu semasa perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

“Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka — Malaysiakini, Malaysian Insider — yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda,” kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

“Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah.”

Bagaimana pula dengan kandungan berita dan artikel dalam Malaysiakini dan Malaysia Insider yang selama ini banyak menabur FITNAH dan menjaja pelbagai macam cerita yang tidak betul mengenai kerajaan? Apakah tiada tindakan yang diambil kerajaan ke atas mereka ini. Jika ini berterusan, rakyat pastinya akan disajikan dengan pelbagai cerita karut-marut dan tidak betul demi kepentingan politik.

Justeru, Malaysiakini dan Malaysia Indiser harus dan wajib dikenakan akta hasutan dan penerbitan kerana secara terang-terangan menyiarkan cerita-cerita palsu dan berunsurkan jenayah siber. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger