Monday, August 22, 2011

GERAKAN REFORMASI RAKYAT MALAYSIA INSAF!




Dahulunya Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia membela Anwar Ibrahim sewaktu beliau dikatakan dianiaya oleh kerajaan apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997 dan 1998. Tetapi, kini Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia telah insaf. Keputusan ini adalah muktamad kerana difahamkan Anwar Ibrahim sekarang bukanlah Anwar Ibrahim seperti dahulu.

“Kini, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia kembali lagi, tetapi bertujuan menentang Anwar Ibrahim daripada terus menerus menipu rakyat”.

Ramlan Abu Bakar Presiden REFORMIS


Anwar Ibrahim selama ini yang berbadankan manusia dan berhatikan binatang cuba untuk meliwat keamanan dan kemakmuran negara dengan menjaja nama buruk pemimpin dan nama negara di dunia sehingga mengakibatkan pertumbuhan negara terbantut ekoran pelabur takut datang ke Malaysia. Implikasi ini akan membuatkan prestasi kepimpinan Perdana Menteri terjejas.

Atas keinsafan itu juga, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia telah mengadakan demonstrasi Gerakan Anti-Liwat 2.0 di Bangunan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini bersempena perbicaraan bela diri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Memakai baju-t berwarna kuning yang ditulis Gerakan Anti-Liwat 2.0 bersama dengan kain rentang yang tertulis, “Mahkamah (Keadilan) Dipermainkan Peliwat 2.0″, “Justice for Saiful, we will be with you forever…Justice delay, justice deny” menjadi konsep Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia pada kali ini.

Disertai kira-kira 50 orang penyokong yang kebanyakkannya berumur sekitar 30-an ke atas bersesuaian dengan golongan yang pernah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1990-an apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikenakan tuduhan meliwat untuk kali pertama, 1.0.

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia mengharapkan mereka yang sealiran ketika bersama pada tahun 1997 dan 1998 sewaktu perkataan REFORMASI mula kedengaran di Malaysia bersama mereka dengan misi dan visi yang berbeza. Demi agama, bangsa dan tanahair, sudah tiba masanya Anwar Ibrahim menerima balasan di atas perbuatan dirinya yang tidak bermoral itu. 


0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger