Sunday, August 7, 2011

KARPAL SINGH SUDAH BOSAN DENGAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM



Sebelum ini Kumpulan Pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) telah menghantar memorendum kepada SUHAKAM bagi mengadakan campur tangan dalam mempercepatkan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu, bapa Saiful Bukhari Azlan telah menghantar satu surat kepada SUHAKAM bagi meminta campur tangan dalam mempercepatkan kes liwat anaknya itu yang kini berlanjutan lebih kurang 3 tahun.

Penangguhan demi penangguhan yang dikemukakan tertuduh, Anwar Ibrahim dalam usahanya menuju kepada PRU-13 yang bermatlamat menjadi Perdana Menteri dan dan seterusnya melenyapkan kes itu di mahkamah.

Sepanjang tempoh penangguhan tersebut, mangsa Saiful Bukhari Azlan telah melalui pelbagai ranjau kehidupan ekoran tiada lagi keputusan kes daripada mahkamah. Selain kepincangan fikiran serta kehilangan motivasi dalam meneruskan hidup ekoran tekanan perasaan yang diterima daripada masyarakat sekeliling yang masih menganggap Saiful Bukhari merelakan diri diliwat Anwar Ibrahim.

Berbeza dengan tertuduh, Anwar Ibrahim yang kelihatan bebas dan gembira sehingga boleh berkempen dalam beberapa Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya DUN Sarawak sebelum ini. Di samping itu, Anwar Ibrahim berkesempatan meluaskan pengaruhnya di luar negara dan memburukkan nama Malaysia.

Akibat sudah bosan dengan kes liwat Anwar Ibrahim, Karpal Singh hari ini mendesak mahkamah menyegerakan keputusan kes itu.

SUHAKAM sebelum ini telah menggunakan haknya dengan mendesak mahkamah untuk mengadakan perbicaraan terhadap anggota polis yang bertugas dalam perhimpunan haram itu. Desakan itu ekoran permintaan Pakatan Pembangkang yang mahukan anggota polis yang bertugas dan didapati menyalahi SOP dibicarakan.

Sekiranya SUHAKAM boleh bertindak atas desakan Pakatan Pembangkang, kenapa pula SUHAKAM tidak boleh memenuhi permintaan Saiful Bukhari Azlan yang secara jelas melanggari hak asasi beliau sebagai mangsa kerakusan manusia.

Menjadi harapan SUHAKAM untuk menjalankan kewajipannya dengan adil dan saksama tanpa memperlihatkan parti politik atas nama hak asasi manusia. 

3 komen:

  1. masalahnya suhakam lebih suka membela mereka yang membelakangkan undang-undang, melanggar undang-undang, memceroboh dan memusnahkan hak asasi orang lain yang taat dan patuh kepada undang-undang. kalau suhakam mempertahankan orang yang taat kepada undang-undang atau orang yang menjadi mangsa kepada penjenyah maka suhakam tidak akan glamor dipersada dunia. moto suhakam sepatutnya - berikan kebebasan sepenuhnya kepada penjenayah.

    ReplyDelete
  2. Kopral singh penah kata "ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTOBAT"...kah!kah!kah!..nama pun singh ..belit kalah kan keling.

    ReplyDelete
  3. SUHAKAM patut tukar nama ke SUHARAM JADAH.....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger