Wednesday, August 31, 2011

KARPAL SINGH TIDAK SEHALUAN DENGAN MAT SABU



Jika sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu secara gentelmannya mendakwa sepasukan komunis yang menyerang pasukan polis di balai polis Bukit Kepung dianggap wira sebenar kemerdekaan, hari ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menyangkal kenyataan itu dengan berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar".

Pengerusi DAP, Karpal Singh

Kenyataan yang didakwa itu, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

ini sangat memalukan kerana seorang pemimpin berbangsa Melayu telah menidakkan anak bangsa sendiri dalam mempertahankan tanahair dan membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu berbanding kaum-kaum lain. Karpal Singh yang sebelum ini lantang memperjuangkan Anwar Ibrahim telah mengambil pendekatan menidakkan kenyataan Mat Sabu yang dikatakan telah memutarbelitkan sejarah.

Seperti kata Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim sebelum, Anwar Ibrahim (Mat Sabu) harus bertaubat!

Apakah selepas ini akan ada mesyuarat tergembar bagi membincangkan sikap dan tindakan Karpal Singh yang menyangkal dakwaan Mat Sabu? Sama-sama kita tunggu!

2 komen:

  1. mana berani puak pas nak lawan kapal sink kerana kan dah ada penyokong pas kata jangan buat apa-apa kat kapal sink langkah mayat aku dulu, tapi kalu puok pas sendiri huh akan disepak terang macam sampah tengok lah apa yang dah mereka buat kat hasan ali dan dr rosli, tapi kat puak dap segala kata pemimpin dap pas akan telan dengan penuh sukacitanya.

    ReplyDelete
  2. Karpal Sing sebenarnya tak berani nak cakap serupa Mat Sabu walau pun dalam hatinya setuju. Kalau tak kenapa baru selepas bising satu Malaysia, baru dia bercakap. Dia tunggu dan lihat reaksi orang Melayu dulu,,, kalau ramai bangsa melayu senyap saja, tentu dia sokong Mat Sabu... sebab dia seorang dari pengganas zaman sekarang di Malaysia ini, dengan sikap dan perangai nya

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger