Friday, August 5, 2011

KENAPA ISU SERBUAN JAIS DI GEREJA PERLU DIBAWA KE PENGETAHUAN SULTAN?



Dalam mendapatkan ihsan pemimpin DAP dan PKR, Khalid Ibrahim sanggup membawa isu serbuan JAIS ke Sultan Selangor. Apakah serbuan JAIS itu salah dan bercanggah menurut undang-undang Selangor sehingga menyebabkan Menteri Besarnya campur tangan sehingga membawa ke pengetahuan Sultan Selangor?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lepas.

Khalid Ibrahim sedang menunggu laporan JAIS berhubung kejadian itu untuk dipersembahkan kepada baginda. Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan tarikh dan masanya untuk Khalid Ibrahim mempersembahkannya kepada Sultan Selangor.


Apakah tindakan Khalid Ibrahim cuba untuk mengecilkan atau mengurangkan kuasa yang ada pada JAIS untuk mengadakan serbuan walaupun ia mempunyai hubungkait dengan keperluan dan kepentingan Islam?

Sementara menunggu laporan JAIS dan perjumpaannya bersama Sultan Selangor, Khalid Ibrahim memberikan arahan melarang semua Anggota Majlis Kerajaan Negeri Selangor membuat sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Ini berikutan kenyataan Pemimpin PAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Intrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Dr Hassan Ali yang menyokong tindakan JAIS mengadakan serbuan di gereja atas sebab kepentingan orang Islam.

Ternyata kenyataan Dr Hassan Ali itu mengguris perasaan Khalid Ibrahim yang terpaksa menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.

Dalam serbuan JAIS itu, Khalid Ibrahim berasa sangat KESAL dengan tindakan JAIS itu menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama walaupun melibatkan kepentingan orang Islam.

Bagaimanapun, Khalid Ibrahim berasa yakin bahawa rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian serbuan JAIS itu ke atas gereja-gereja di Selangor. Nampaknya, orang Islam di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang khususnya DAP ditindas walau hakikatnya Islam kini dipermainkan dan diperlekehkan atas sebab kepentingan politik.

Nampaknya krisis kepimpinan Selangor telah menjalani episod baru di bulan Ramadhan. Pastinya ini akan menggugat lagi kepimpinan Pakatan Pembangkang dalam terus membela orang Islam di Selangor yang kini secara jelas dikuasai DAP.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger