Wednesday, August 31, 2011

KEPIMPINAN PM NAJIB DITERIMA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA SANGKAL LAPORAN KAJIAN MERDEKA CENTRE



Kajian yang dijalankan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan agensi dan jabatan di bawahnya mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kajian itu menunjukkan kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Ini sekaligus menyangkal laporan kajian kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menambah, Merdeka Centre hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri.

Merdeka Centre dalam laporan kajiannya mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan agensi serta jabatan di bawahnya telah membabitkan sebanyak 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.


Perbezaan ini membuktikan bawah kajian Merdeka Research Centre sangat diragui dan menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian seperti mana yang dilakukan di beberapa negara barat.

"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya".

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim

Di samping itu, peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger