Wednesday, August 24, 2011

KHALID IBRAHIM DERHAKA, SULTAN SELANGOR TIDAK PERNAH TITAHKAN TUBUH MAJLIS PENASIHAT SYURA




Khalid Ibrahim derhaka. Itulah yang dapat disimpulkan dalam menjelaskan kekeliruan yang berlaku berkaitan penubuhan Majlis Penasihat Syura yang diperkatakan Khalid Ibrahim kepada media semalam.

Dalam memperkatakan perkara sebenar itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor menjelaskan Sultan Selangor tidak pernah menitahkan atau memperkenankan penubuhan Majlis Penasihat Syura seperti yang didakwa Khalid Ibrahim. Sebaliknya, Khalid Ibrahim hanya datang menyembah maklum kepada Sultan Selangor mengenai hasratnya untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu pemeriksaan JAIS di gereja tersebut pada 3 Ogos lepas. Beliau juga bercadang membawa bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid dalam perbincangan itu.

Dalam kenyataan Khalid Ibrahim bersama media mengenai titah Sultan Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura, majlis itu akan turut dianggotai Mufti dan Timbalan Mufti Selangor yang berperanan dalam mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor selain mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormat-megnhormati dan harmoni pelbagai kaum diperlihara.

Menyentuh mengenai cadangan Khalid Ibrahim itu, Setiausaha kepada Sultan Selangor menjelaskan Istana tidak mempunyai masalah atas cadangan itu, tetapi menegaskan penubuhan Majlis Penasihat Syura itu tidak benar.

Tindakan Khalid Ibrahim yang mempergunakan nama Sultan Selangor dalam mempersetujui penubuhan Majlis Penasihat Syura ternyata menunjukkan Khalid Ibrahim itu derhaka.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger