Thursday, August 25, 2011

LAPORAN POLIS DIBUAT KE ATAS KHALID IBRAHIM FITNAH SULTAN SELANGOR




Perkasa Selangor dan Pusat, GAPS dan Senator Ezam Mohd Noor telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Laporan dibuat ke atas Khalid kerana didakwa memfitnah dan menipu Sultan Selangor dalam isu penubuhan Majlis Penasihat Syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata tindakan Khalid Ibrahim adalah suatu kesalahan besar mengikut Akta Hasutan 1948 dan badan itu mahu Menteri Besar Selangor itu disiasat mengikut akta itu.

“GAPS mempunyai pandangan bahawa institusi Raja di Selangor harus dipertahankan sebagai institusi yang unggul untuk menyatukan dan membawa perpaduan rakyat dan bukan bahan untuk ditertawakan diperkotak-katikkan dan dipermainkan”.

Sebagai sebuah negara demokrasi, Ezam berasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Institusi Asas Negara dan beliau bersama teman-teman seperjuangan mempercayai ada agenda halus di sebalik tindakan Abdul Khalid yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan institusi Istana dan Raja Berperlembagaan.

Bukan sahaja institusi Raja diserang, malah JAIS yang menjaga hal ehwal kebajikan orang Islam juga turut diserang.

Setiausaha Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Khalid Ibrahim bahawa penubuhan Majlis Penasihat Syura itu telah dicadangkan oleh Baginda, adalah tidak benar sama sekali.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger