Tuesday, August 16, 2011

MAHU TIDAK MAHU ANWAR IBRAHIM HARUS BELA DIRI 22 OGOS 2011




Tiada PILIHAN! Itulah nasib yang dialami Anwar Ibrahim terhadap kes liwatnya yang sudah ditangguh sebanyak 66 kali. Sudah banyak kali tertangguh hingga menyebabkan rakyat marah dan hakim pun bosan dengan kerenah Anwar Ibrahim serta kelibat peguambelanya yang asyik mendapat publisiti murahan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Susulan itu, Anwar Ibrahim akhirnya dipaksa memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada Isnin depan, 22 Ogos 2011, setelah 2 kali berjaya menangguhkan perbicaraan pembelaan sejak 8 Ogos lalu. Mengambil kira bulan barakah di bulan Ramadhan ini yang meminta umat Islam membuat amal kebaikan dan mencapai kebenaran dalam kehidupan.

Pihak pembelaan dan pasukan pendakwaan mengesahkan bahawa Anwar akan memberi keterangan pada 22 Ogos ini, setelah Penasihat PKR itu gagal berbuat demikian pada hari semalam 15 Ogos  memandangkan enam saksi masih belum dapat ditemu bual oleh mereka.

Hakim Datuk Mohamd Zabidin Mohd. Diah membenarkan tarikh tersebut ditetapkan untuk Anwar membela diri tanpa mengambil kira sama ada keenam-enam saksi itu telah berjaya ditemu bual atau sebaliknya.

Enam saksi yang masih belum ditemu bual ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; ibu kepada bekas tunang pengadu, Sharehah Md. Salim; jururawat di Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh; dan bekas pengawal peribadi tertuduh, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi.

Turut tersenarai ialah dua bekas pembantu rumah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai saksi tempat kejadian, Fitria Dipan dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Suliati. Kedua-duanya dipercayai telah pulang ke negara asal mereka, Indonesia.

Anwar Ibrahim sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada 8 Ogos lalu tetapi ditunda ke Isnin, 15 Ogos setelah mahkamah membenarkan permohonannya untuk menemu bual saksi-saksi terlebih dahulu.


Terdahulu, peguam Sankara Nair yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah, pihaknya telah menemu bual 19 saksi yang berpotensi, manakala enam lagi masih belum dapat ditemu bual.

Nair juga memberitahu bahawa pihaknya telah membayangkan senarai saksi-saksi yang akan dipanggil kepada pihak pendakwaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan pula menyatakan, pihaknya akan cuba menyediakan keenam-enam saksi terbabit dalam minggu ini dan mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju peringkat pembelaan akan dimulakan pada Isnin depan.

Sebelum prosiding hari ini bermula juga, terdapat kain pemidang 'SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA PELIWAT 2.0' digantung di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini selama beberapa minit sebelum diturunkan.

Kain pemidang itu dipercayai dipasang oleh sekumpulan ahli Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang memakai kemeja-T warna kuning dan turut mengadakan demonstrasi secara aman sambil melaungkan reformasi dan keadilan kepada Saiful.

Sehingga Jumaat lalu, sebanyak 19 saksi daripada sejumlah 25 saksi yang disenaraikan, telah hadir untuk ditemu bual oleh barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam Karpal Singh.

Antara mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Polis Melaka, Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid dan pemilik kondominium terbabit, Hasanuddin Abd. Hamid.

Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Nampaknya, kali ini Anwar Ibrahim tidak akan terlepas memandangkan dirinya selama ini yang bebas berkelana berbanding mangsa, Saiful Bukhari yang hidup dalam keadaan tertekan dari segi fizikal dan mental. SUHAKAM yang didesak untuk membawa kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari diminta untuk bersikap adil kerana difahamkan sekumpulan ahli SUHAKAM itu berpihak kepada pembangkang dan Anwar Ibrahim.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger