Sunday, August 28, 2011

MAT SABU KOMUNIS SEBENAR




Apakah perbezaan Mat Sabu dahulu, kini dan selamanya? Jawapannya tiada perbezaan kerana sejak dari azali lagi (ketika kecil) Mat Sabu telah menunjukkan kedegilannya. Begitu juga kini apabila telah menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS yang juga seorang pemimpin yang berlatarbelakangkan Anwarisme.

Ketika Perhimpunan Haram BERSIH 2.0, Mat Sabu adalah hero manakala heroinnya S. Ambiga. Dengan taktik dan teknik memutarbelitkan fakta dan sikapnya yang gemar menyampaikan fitnah dan pembohongan, lakonannya bahawa dia dilanggar kenderaan polis ternyata palsu belaka.

Kini, menjelang Malaysia mencapai kemerdekaan ke-54, Mat Sabu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menidakkan pejuang-pejuang kemerdekaan di Bukit Kepong ketika berhadapan dengan komunis sebaliknya mengangkat pejuang komunis sebagai hero sebenar.

Apakah motif sebenar Mat Sabu menyatakan sedemikian sedangkan dia tahu bahawa dalam kejadian tersebut di Bukit Kepong sekumpulan komunis telah mengepong balai polis dan menyerang polis dengan kejam? Apakah itu dianggap sebagai pejuang?

Umum mengetahui kebanyakan komunis terdiri daripada kaum Cina yang tinggal di dalam hutan yang perjuangan mereka berlandaskan kepada ideologi komunis di China dan Rusia. Komunis ini tidak percayakan Tuhan sebaliknya lebih mempercayai perjuangan mereka di dunia.


Melihat kepada itu, Mat Sabu ini bolehlah dilabelkan sebagai seorang pemimpin Islam yang tidak mempercayai Allah swt dalam konteks Islam. Demikian juga, Mat Sabu cuba untuk memberikan keyakinan kepada kaum Cina bahawa perjuangan komunis adalah sama dengan perjuangan DAP selama ini. Susulan ini beliau sangat menyokong perjuangan DAP yang dikatakan mirip perjuangan komunis.

“Mat Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong”.

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya”

“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah”.


Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau

Ternyata kenyataan Mat Sabu sebelum ini yang mengangkat komunis sebagai hero dan menidakkan perjuangan pasukan polis dan tentera semasa menentang komunis telah menyebabkan pejuang-pejuang negara yang masih hidup terguris hati.

Kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.

Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.

Mat Sabu tidak layak tinggal di Malaysia ini. Tempat yang selayaknya dia tinggal ialah Rusia ataupun Benua Antartika. Sikap sebegini yang membuatkan anak muda Malaysia akan terkeliru dan lupa akan sejarah sebenar pejuang dan tokoh kemerdekaan Malaysia. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger