Tuesday, August 30, 2011

MAT SABU MUDAH LUPA DENGAN ANGKA 21





Bagaimana seorang itu boleh dipilih sebagai pemimpin sekiranya dia banyak memiliki kelemahan? Atau, apakah seorang pemimpin yang memiliki ‘kecacatan ingatan’ boleh dipilih sebagai pemimpin dalam PAS?

Itulah yang berlaku ke atas Mat Sabu yang dikatakan ‘tidak ingat’ atau ‘mudah lupa’ dengan ayat-ayat yang diperkatakannya ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Tetapi, beliau boleh pula ingat bagaimana kenderaan polis dikatakan ‘merempuhnya’ sehingga menyebabkan beliau terjatuh dari motosikal dalam Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada Julai lalu.

Apakah Mat Sabu ‘tidak tahan’ dengan angka 21 yang dikatakan mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya?

Sekadar ingatan, Mat Sabu pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Walaupun jawapan Mat Sabu itu adalah helah politik memandangkan isu beliau menyokong perjuangan komunis telah mendapat kecaman ramai tetapi bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut telah membuka pekung sendiri. Ini disebabkan segala percakapan Mat Sabu itu bukanlah fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Melihat kepada tindak tanduknya Mat Sabu yang sejak menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS ini, kepopularan telah semakin meningkat dan dikatakan telah menjadi ‘ayam sabung’ PAS oleh Pakatan Pembangkang dalam menyerang UMNO dan BN.

Ketika PAS sedang persiapan menghadapi PRU-13, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah memberikan lampu hijau kepada Mat Sabu untuk berkempen dengan memburukkan UMNO dan BN sebagai medan persiapan pilihan raya. Atas sebab itu, Mat Sabu telah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menyerang kreadibiliti UMNO dan BN sepanjang tempoh pilihan raya bermula dari sekarang.

Sehingga kini, tiada seorang pun pemimpin PAS mahupun Pakatan Pembangkang yang ‘berani menegur’ tingkahlaku Mat Sabu yang dianggap mereka sebagai pemimpin yang berkuasa mutlak.

Berasaskan selok belok Mat Sabu yang ketika ini telah menerima arahan daripada kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu khususnya Cina, India dan Orang Asli untuk menyokong Pakatan Pembangkang di kawasan DUN yang dimenangi BN sebelum ini.

Apapun, tingkahlaku Mat Sabu ini bukanlah sesuatu yang bijak kerana masyarakat Malaysia hari ini tidak mudah diperdaya oleh dakyah Pakatan Pembangkang yang ketika ini gemar bermain dengan persepsi. Sebaliknya, perbuatan Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang sendiri telah menyebabkan kemerosotan undi dan pengaruh terhadap Pakatan Pembangkang. 

2 komen:

  1. Mat..lu tau ka kejadian bukit kepong berlaku 1950. Masa tu bukan PDRM, tapi dinamakan mata-mata. Sumpah mata-mata ketika itu ialah taat setia kepada british dan queen elezeberth. Dulu org tak panggil balai polis tapi rumah pasong, kerjanya memasong penentang british yg tangkap oleh mata2 barua british.
    Carilah sejarah yg sebenar, dan pergilah kubur wira british tak jauh dari Dewan bahasa pustaka, nepal ada, ghana ada dan pelbagai termasuk barua british ketika itu anak melayu yg direkrut. Sejarah tak pernah menipu, cuma kita hanya bercerita bagi seronok dengar dan buat buku sekolah je. semua ilmuan tahu hal sebenar.
    hari baik bulan baik ni gua bukan nak panas lu punya otak, tapi nak bagitau je cerita mitos yg didendangkan pada org2 yg tak pernah ambik tau sejarah. Lepas ni lu mesti kata..oooo betui la ye..

    ReplyDelete
  2. Lu memang tak penah jadi pandai la tanpa nama 11.49, memang la taat setia pada british, tapi niat untuk membela tanah air, bukan macam komunis nak menjajah tanah air, membunuh melayu dan umat islam, memperkosa anak2 gadis, wa ingat lu balik umah belajar sampai pandai la mat, lu memang pandai bab kelentong pusing cakap, tapi lu tak pandai bab pengetahuan macam mana nak jadi manusia. wa ingat lu balik pegi belajar dulu agama islam.kalau lu dah jahil sangat2, lu pegi belajar pendidikan moral,macam mana jadi manusia. tak payah belajar sejarah pun takpe.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger