Tuesday, August 23, 2011

MAT SABU SANJUNGI ORANG CINA PERLEKEHKAN ORANG MELAYU




Bagi menentang budaya rasuah semasa pilihan raya, Mat Sabu sangat menyanjung tinggi orang Cina dan memperlekehkan orang Melayu. Kenapakah ini berlaku?

Tsunami politik 2008 telah memberikan sinar baru kepada Pakatan Pembangkang dan memberikan tamparan kepada BN. Diperkatakan, tsunami ini banyak memberikan keyakinan kepada Pakatan Pembangkang untuk mengembangkan lagi penguasaan mereka pada PRU-13 akan datang. Apakah perkara ini akan berlaku?

Dalam PRU-12 lepas, pengundi Cina merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Pembangkang. Apakah ini benar? Mengikut fakta-fakta terdahulu didapati pengundi Cina cenderung mengundi Pakatan Pembangkang berasaskan sentimen kaum dan kekecewaan ke atas parti kompenan BN. Atas sebab itu, Mat Sabu sangat menyanjungi tinggi pengundi Cina sehingga sanggup memperlekehkan pengundi Melayu.

Mat Sabu itu secara jelas mengagungkan orang Cina yang dikatakan selari dengan perjuangan Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, PAS sentiasa cuba untuk meneruskan perhubungannya dengan DAP bagi tujuan mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Cina.


“Kenyataan Mat Sabu ini umpama memperlekehkan jati diri orang Melayu sehingga melabel kaum Melayu tidak sensitif walhal kita adalah kaum yang sangat sensitif terhadap hak dan kedudukan kita di negara ini”.

“Ini menunjukkan Mat Sabu mahu menyebarkan mentaliti sempitnya dalam kalangan orang Melayu supaya mereka menurut nafsu politiknya”.

Tindakan Mat Sabu itu membuktikan PAS selama ini hanya bertopengkan Islam dan Melayu tetapi hakikatnya menolak Melayu dan Islam. Apakah orang sebegini yang perlu disokong yang kononnya membela orang Melayu? 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger