Sunday, August 7, 2011

NASIB DR HASSAN ALI DIKETAHUI HARI INI



Kelantangan Dr Hassan Ali dalam menegakkan agama Islam di Selangor telah mendapat tentangan dan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin DAP dan PKR serta PAS. PAS yang dikatakan parti berteraskan Islam itu hanya mampu tunduk kepada desakan DAP dan PKR berhubung orang Islam di Selangor. Demi untuk kuasa politik dan mengekalkan momentum Pakatan Pembangkang, PAS dilihat terpaksa mengikut telunjuk DAP dan PKR memandangkan sokongan orang Cina dan India ke atas pemimpin dan ahli politik PAS dalam pilihan raya.

Atas rasa takut kehilangan undi daripada orang Cina dan India pada PRU-13 akan datang, mahu tidak mahu PAS terpaksa mengikut arahan DAP dan PKR. Itulah keadaannya yang berlaku di Selangor sehingga menyebabkan orang Islam di Selangor tersepit antara yang hak dan kebatilan.

Kelantangan dalam menegakkan orang Islam dalam menyokong tindakan JAIS merupakan kemuncak karier politik Dr Hassan Ali. Jika dalam kes  arak, yang mana Dr Hassan Ali bertindak membelakangkan DAP yang ketika membuat kenyataan bahawa penjualan arak di Selangor perlu dibanteras kerana membabitkan orang Islam. Demikian juga pertumbuhan mendadak pembukaan rumah urut seks dan hiburan sehingga membuatkan kes maksiat di Selangor meningkat. Kenyataan ini telah mendapat reaksi tentangan negatif daripada Ronnie Liu yang dikatakan menentang dakwaan Dr Hassan Ali.

Berikutan kuasa pentadbiran dan pemerintahan di Selangor sebenarnya di bawah arahan DAP, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Boneka Pakatan Pembangkang telah mengeluarkan satu arahan dan memberikan amaran keras kepada Dr Hassan Ali. Amaran ini bertujuan supaya Dr Hassan Ali tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan DAP dan PKR serta menjejaskan hubungan Pakatan Pembangkang. Ketika kes itu, Dr Hassan Ali memegang jawatan Pengerusi PAS Selangor.

Difahamkan hari ini PAS akan mengadakan mesyuarat tergembar bagi membincangkan hala tuju dan masa depan Dr Hassan Ali. Kenyataan Dr Hassan Ali tempoh hari yang menyokong tindakan JAIS menyerbu Gereja Methodist kerana terdapat orang Islam menghadiri majlis itu telah tidak disenangi PAS. PAS dalam pada itu berpegang kepada prinsip Pakatan Pembangkang dengan menyalahkan JAIS dalam mengadakan serbuan itu yang didakwa tidak mendapat permit.

Apakah nasib Dr Hassan Ali selepas ini? Apakah akan menerima nasib yang sama seperti mana dalam muktamar PAS tempoh hari yang menyaksikan Dr Hassan Ali tewas dan tersingkir dalam merebut jawatan Naib Presiden kepada kumpulan Anwarisme. Apakah ini satu lagi kemungkinan usaha kumpulan Anwarisme yang akan menggulingkan Dr Hassan Ali daripada terus terjebak dalam politik?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger