Wednesday, August 3, 2011

NIK AZIZ JUMPA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH BERHUBUNG PELAWAAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG


Apakah benar ada pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang? Sekiranya ini benar-benar berlaku adalah wajar Nik Aziz memberikan kenyataan terbuka berhubung intipati perjumpaan tersebut dan tidak berselindung di sebalik Facebook.

"Sebagai tok guru, tidak mungkin beliau hendak bercakap bohong lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz buat satu kenyataan rasmi sama ada pertemuan dengan Tengku Razaleigh ini berlaku atau tidak. Beliau tidak wajar berselindung di sebalik nota di laman Facebook seolah-olah cuba meremehkan perkara yang benar ini. Jangan pula berlakon seperti orang nyanyuk sedangkan kita tahu beliau belum lagi nyanyuk''.

Nik Abdul Aziz dalam laporan akhbar hari ini menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka".

Menteri Besar Kelantan itu menerusi status terkini laman sosial Facebook beliau semalam berkata, apa yang menghairankan apabila terdapat akhbar membuat cerita bahawa cadangan itu timbul kerana Anwar Ibrahim dijangka dipenjarakan kerana kes liwat sedang dibicarakan pada masa ini.

Sikap membisu pemimpin-pemimpin utama pihak pembangkang berhubung pelawaan mereka kepada Tengku Razaleigh itu menunjukkan perkara itu benar-benar berlaku. Perkembangan tersebut sebagai bukti jelas bahawa pemimpin pembangkang semakin tidak percaya terhadap kredibiliti Anwar.

Kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

"Setakat ini hanya pencacai sahaja yang menyalak manakala pemimpin-pemimpin utama lain terutama mereka yang terbabit dengan perundingan bersama Tengku Razaleigh diam seribu bahasa dan tidak berani tampil buat kenyataan”.

"Apa yang pasti telah wujud kesedaran di kalangan pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Pemimpin PAS dan DAP sedar bahawa beliau kini menjadi beban kepada kelangsungan politik mereka''.

Secara jelas, dalam tempoh beberapa minggu ini pemimpin PAS terutamanya mahukan satu perubahan besar dalam Pakatan Pembangkang memandangkan Anwar Ibrahim dilihat sebagai lialibiti kepada mereka dalam persiapan menghadapi PRU-13 akan datang. Anwar Ibrahim kini menjadi semakin tidak popular di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang dengan tingkahlaku moralnya yang semakin rendah.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger