Saturday, August 20, 2011

PAS DAKWA DAP ‘TANGAN GHAIB’ DI SEBALIK SERBUAN GEREJA




Ketua Pergerakan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan menggesa Kerajaan Selangor menyiasat dakwaan ‘tangan ghaib’ dalam pemeriksaan JAIS ke atas Gereja DUMC yang ketika sangat mencetuskan kontroversi. Gesaan itu dibuat berlandaskan tanggapan PAS bahawa DAP terlibat dalam perancangan ini sehingga menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah.

Selain DAP, PAS berpandangan UMNO terlibat dalam hal ini memandangkan persengketaan politik sebelum ini dan juga kelibat UMNO yang lebih menonjol dalam menjaga kebajikan dan kepentingan orang Melayu dan Islam berbanding PAS. Ini disebabkan juga kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang mendakwa PAS mempunyai bukti berhubung peranan UMNO dalam tindakan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Mustafa Ali itu disangkal UMNO dengan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, dakwaan itu lebih bersifat tohmahan dan fitnah. Untuk itu, UMNO meminta PAS dan Mustafa Ali menunjukkan bukti tersebut dalam mengukuhkan dakwaan itu. Sekiranya Mustafa Ali gagal menunjukkan bukti yang dimaksudkannya itu maka secara sah PAS bukan sahaja berselindung di sebalik nama Islam, tetapi juga parti penipu sama seperti DAP dan PKR.

Berbeza dengan DAP yang lebih banyak diam daripada menjawab tohmahan dan kontroversi itu. Selain tidak mahu mencetuskan kekeruhan, DAP juga mahu melihat sejauh mana PAS menyelesaikan kemelut ini dengan menjadikan UMNO sebagai sasaran mereka. DAP percaya bahawa lawan UMNO ialah PAS, parti yang sama-sama memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Untuk itu, DAP lebih rela PAS berhadapan dengan UMNO.


PAS sangat kesal dan membantah tindakan JAIS dalam melakukan tujuan dan kaedah operasi itu dijalankan. Ini disebabkan ketika ini suasana untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam dalam usaha mencapai cita-cita Pakatan Pembangkang mentadbir Malaysia.

Berkat kebijaksanaan bloggers prokerajaan dan pengaruh media baru, ternyata Pakatan Pembangkang khususnya PAS tidak mampu lagi menangkis pelbagai dakwaan bahawa PAS terlibat dalam kontroversi itu dengan membantu DAP dan kafir dalam isu gereja ini. PAS tiada cara lain hanyalah membuat keputusan menuduh UMNO terlibat secara langsung dalam hal ini.

Apa yang pasti PAS kini seperti cacing kepanasan kerana sudah kehabisan modal untuk melindungi DAP Kafir dalam isu ini. Penyebaran Kristian ke atas umat Islam atau dalam perkataan lain memurtadkan orang Islam kini tidak lagi penting bagi PAS sebaliknya lebih kepada bagaimana mahu melindungi sekutu Pakatan Pembangkang daripada tuduhan menyebarkan agama Kristian.

Tindakan PAS itu sangat mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia yang selama ini terlalu pecayakan PAS kerana menggunakan nama Islam sebagai model partinya. Adalah lebih baik PAS ini dikafirkan dengan menukar nama dan warna logonya dari hijau kepada merah dan daripada nama Islam kepada nama kafir.

PAS itu Kafir, Kafir itu PAS...... 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger