Tuesday, August 2, 2011

PPP HARUS AMBIL PENDEKATAN SEPERTI UMNO SEBELUM MENGEMBANGKAN PENGARUHNYA KE SARAWAK



Wajarkah PPP datang dan melebarkan sayapnya ke Sarawak atas alasan mahu menangkis kuasa Pakatan Pembangkang? Itulah tujuan utama PPP mengembangkan pengaruhnya ke Sarawak selepas Pilihan Raya DUN Sarawak.

Ramai pemimpin dan ahli kompenan BN Sarawak berasakan tindakan PPP melebarkan pengaruhnya ke Sarawak sebagai memecahbelahkan perpaduan kompenan parti dalam BN. Justeru, PPP diminta hormati pemimpin, parti komponen BN Sarawak sebelum berhasrat bersaing dalam PRU-13.


Ini disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadilah Yusof yang mengingatkan PPP agar menghormati pucuk kepimpinan parti dan parti komponen BN yang lain di negeri ini sebelum meneruskan hasrat untuk bersaing dalam PRU-13 akan datang.

Presiden PPP Datuk M Kayveas perlu memahami sepenuhnya akan semangat serta amalan yang ada dalam BN terlebih dahulu sebelum bertindak mencabar mana-mana parti lain di bawah BN.

“Parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia perlu menjadikan UMNO sebagai contoh terbaik yang telah menggunakan saluran yang betul untuk berbincang dengan BN Sarawak sebelum memasang niat untuk membuka cawangan di negeri ini”.

“PPP juga perlu melihat kenapa UMNO tidak membuka cawangannya di sini. Ini kerana UMNO mengikut saluran yang betul dan juga mendapatkan pandangan daripada pucuk kepimpinan BN Negeri terlebih dahulu”.

PPP seharusnya memberikan sepenuh perhatian terhadap kerusi-kerusi di Semenanjung Malaysia untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN dalam PRU-13 akan datang.

Ketua Pemuda BN Sarawak itu juga menasihati PPP agar menghormati perasaan dan harapan rakyat termasuk kepimpinan di negeri ini kerana rakyat di negeri ini lebih memahami apa yang berlaku di negeri ini.

“Ini kerana, BN Sarawak telah membuktikan kemampuan dalam pilihan raya negeri yang lepas dengan kemenangan dua pertiga kerusi DUN Sarawak”.

Sebaliknya, PPP gagal memenangi kerusi dalam PRU-12 yang lalu. Adalah lebih baik PPP berikan tumpuan ke atas kerusi yang akan ditandingi pada PRI-13 berbanding memasang niat untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger