Thursday, August 4, 2011

SATU LAGI HELAH PAKATAN PEMBANGKANG MENERUSI SARAWAK REPORT UNTUK JATUHKAN NAJIB


Setelah sekian lama cuba untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri namun ianya tetap tidak berjaya. Najib dilihat sebagai suatu ancaman kepada Pakatan Pembangkang berasaskan mutu perkhidmatannya kepada rakyat sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri.

Berpaksikan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Diutamakan, Najib dilihat Perdana Menteri yang paling menonjol selepas Tun Dr Mahathir. Selain mengutamakan sifar rasuah dan berusaha mentransformasikan perkhidmatan, ekonomi dan sosial rakyat Malaysia yang sewajarnya menjadi agenda utama dalam mencapai status negara maju.

Terbaru, laporan laman web Sarawak Report yang menyiarkan kononnya Najib telah meminta CNN untuk diadakan temubual semasa lawatannya di London. Bagaimanapun laporan itu telah disangkal CNN sambil menyatakan laporan itu tidak benar sama sekali.

Sarawak Report diasaskan wartawan Clare Rewcastle Brown, yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown.

Stesen penyiaran antarabangsa CNN telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa wawancara yang baru-baru diadakannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah hasil lobi oleh sebuah firma perhubungan awam antarabangsa. Sebaliknya temubual eksklusif itu dibuat atas permintaan CNN menerusi Pejabat Perdana Menteri.

"Wawancara CNN dengan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini diaturkan oleh CNN sendiri dengan pejabat PM,” kata Politico yang memetik jurucakap CNN Lauren Cone.

Selain dakwaan temubual eksklusif CNN bersama Perdana Menteri, Sarawak Report juga membuat cerita palsu bahawa CNN adalah antara stesen penyiaran antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC bagi mempermantapkan kedudukan pemimpin politik BN itu dan bagi menangkis semua kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.

Jika terbukti benar, adalah bercanggahan dengan peraturan badan penyiaran antarabangsa. Sarawak Report juga mendakwa CNN telah menyiarkan beberapa program terbitan FBC, termasuk wawancara Najib oleh presiden syarikat itu, John Defterios.

Wawancara terakhir dibuat awal bulan ini, semasa lawatan rasmi Najib ke London, selepas insiden perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Sarawak Report juga mendakwa Defterios, seorang bekas pengacara bisnes CNN adalah presiden dan pemegang saham dalam syarikat induk FBC iaitu FBC Group Ltd.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger