Tuesday, August 2, 2011

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI BAYANGI DAP REALISASIKAN HASRAT KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR DARIPADA KAUM CINA




Benarkah DAP mahu jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar/ Ketua Menteri? Itulah persoalan yang dimainkan beberapa penganalisis politik dan pemimpin politik BN sejurus kenyataan Lim Kit Siang yang mahu melebarkan sayapnya di kawasan Melayu dengan meletakkan calon DAP di kawasan majoriti Melayu pada PRU-13.

Strategi DAP untuk bertanding dan meletakkan calonnya di kawasan Melayu pda PRU-13 bertujuan menguasai sedikit demi sedikit negeri yang majoritinya Melayu khususnya Negeri Sembilan dan Melaka. Strategi terancang DAP itu menjadi matlamat mereka dalm PRU-13 akan datang.

DAP telah mengambil iktibar di atas kejadian PRU-12 apabila Pakatan Pembangkang telah berjaya menawan Perak. Mengikut komposisi kerusi, seharusnya DAP yang mentadbir Perak atau lebih tepat lagi layak menjawat jawatan Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, itu tidak menjadi kenyataan dan DAP terpaksa gigit jari dengan melepaskan jawatan Menteri Besar itu kepada PAS disebabkan Undang-Undang Tubuh Negeri yang mensyaratkan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada kaum Melayu.


Perlantikan Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak ketika itu dibuat setelah mendapat perkenan DAP walaupun hakikatnya PAS tidak layak menjawat jawatan itu. Pemilihan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dikatakan mempunyai kaitan kriteria Nizar yang pandai berbahasa Cina dan sanggup memenuhi keperluan DAP. Ini terbukti sepanjang pemerintahan Nizar Jamaluddin dalam tempoh 6 bulan, kebanyakan keputusan pentadbiran lebih memihak kepada DAP berbanding PKR.

Berasaskan itu juga, hierarki Pakatan Pembangkang menunjukkan DAP mengungguli tangga teratas dan diikuti PKR dan PAS. Ini dibantu kemenangan DAP di beberapa buah negeri dan penambahan kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. DAP ketika ini tidak risau akan sikap pengundi Cina yang kebanyakan mereka menyokong DAP berbanding kaum India dan Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pengundi Cina dalam genggaman mereka berasaskan sentimen perkauman tetapi tidak kaum Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak. Untuk itu, bagi mendapatkan sokongan masyarakat kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, DAP telah merancang untuk mempromosikan janji-janji manis pilihan raya dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai role model pentadbiran DAP.

Apa pula reaksi PAS dan PKR dalam hal ini? Apakah mereka mahu menyerahkan komposisi kerusi mereka kepada DAP dalam merealisasikan hasrat DAP itu pada PRU-13? 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger