Thursday, September 15, 2011

BELUM PERINTAH, PAKATAN PEMBANGKANG BERTELAGAH PILIH SIAPA PEGANG JAWATAN PM DAN TPM



Sejak dari 54 tahun lepas, kerajaan yang dipegang Parti Perikatan Malaysia dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional tiada masalah berkaitan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sehingga kini, kesemua parti kompenan BN yang dianggotai lebih 12 parti bersepakat dan bersetuju mengekalkan jawatan PM dan TPM diberikan kepada orang Melayu.

Bagaimanapun, belum lagi memerintah Pakatan Pembangkang telah bertelagah mengenai siapa yang akan memegang jawatan PM dan TPM? Ini juga boleh disamakan dengan situasi Pakatan Pembangkang pada hari ini, parti manakah yang mengetuai Pakatan Pembangkang? Apakah PAS, DAP atau PKR?

Sebelum ini, jawatan PM itu sangat diimpikan Anwar Ibrahim sejak dari dahulu lagi ketika menjawat jawatan TPM. Anwar Ibrahim juga sempat memangku jawatan PM selama 3 bulan yang mana ketika itu PM, Tun Dr Mahathir bercuti. Anwar Ibrahim dikatakan telah menyalahgunakan kuasa sebagai PM dengan melebihi haknya yang ketika itu hanya memangku jawatan PM.

Atas sebab itu juga, Anwar Ibrahim bercita-cita mahu terus memegang dan mengambilalih jawatan PM setelah Tun Dr Mahathir dapat disingkirkan melalui pemilihan Presiden UMNO. Namun, ini tidak berlaku disebabkan Tun Dr Mahathir ketika itu sudah mengetahui niat busuk Anwar Ibrahim.

Sebelum ini juga Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan mengenai jawatan TPM akan diberikan kepada kaum Cina yang ditujukan khusus kepada Lim Kit Siang.

Kenyataan Anwar Ibrahim itu telah tidak dipersetujui PAS yang juga berminat untuk memegang jawatan itu atas kepentingan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Berikutan itu, PAS telah membuat kenyataan bahawa jawatan PM dan TPM akan diisi pemimpin Islam. Ini adalah keputusan muktamad PAS. Kenyataan PAS itu telah tidak dipersetujui PKR yang menyifatkan jaminan PAS itu adalah pendirian PAS dan bukannya Pakatan Pembangkang. Perkara ini hanya akan dibincangkan secara mendalam sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan.    

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata masih terlalu awal untuk membincangkan kedudukan dua jawatan tertinggi itu selepas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali memberi jaminan kepada ahli PAS bahawa jawatan itu akan diketuai komuniti Islam, jika pakatan DAP-PKR-PAS mengambil alih Kerajaan Pusat.

“Itu pendirian PAS untuk kekalkan status quo sedia ada seperti mana dilakukan UMNO. Masih terlalu awal untuk bincang, sebab kita masih belum menang PRU,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Beliau mengulas kenyataan Mustafa yang memberi jaminan bahawa, “Perdana Menteri semestinya seorang yang beragama Islam dan semoga timbalannya juga seorang beragama Islam” dalam Konvokesyen Negara Berkebajikan di Taman Melewar, Gombak, sebelum ini.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw bagaimanapun berkata isu berkenaan tidak timbul kerana ia dipersetujui semua pihak mengenai kedudukan dua jawatan itu.

“Tiada masalah, tiada isu. Isu (sama ada orang Islam mengisi dua jawatan itu) tidak timbul kerana pilihan raya belum dibuat lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Pertelingkahan Pakatan Pembangkang dalam memilih jawatan PM dan TPM menunjukkan ketiadaan kesepakatan dalam Pakatan Pembangkang kerana sebelum ini mereka mahu meletakkan pemimpin bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah berkata mengenai perkara ini, tetapi sekarang mereka mengubahnya untuk dapatkan sokongan orang Melayu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger