Tuesday, September 20, 2011

BN SARAWAK DIDESAK DENGARI PANDANGAN RAKYAT SARAWAK



Rakyat Sarawak sudah matang dalam berpolitik. Itulah yang boleh digambarkan terhadap penduduk di dalam kawasan Parlimen Baram yang membuatkan Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan kebingungan.

Tidak pernah dibuat orang atau mana-mana rakyat di kawasan Parlimen di Sarawak penduduknya membuat bantahan secara jelas dan terang-terangan terhadap wakil rakyat mereka.

Sebaik sahaja mengetahui Datuk Jacob Dungau Sagan akan dicalonkan semula di Parlimen Baram seperti yang telah diumumkan Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom, penduduk-penduduk Parlimen Baram telah bersepakat untuk membantah keputusan itu atau lebih sopan lagi berundur daripada politik.

Ini terbukti apabila lawatan Datuk Jacob Dungau Sagan ke beberapa kawasan di Parlimen Baram telah mendapat layanan yang tidak baik dan mendukacitakan. Semasa lawatan itu, Datuk Jacob Dungau Sagan telah disambut oleh beberapa banner yang tertulis ‘Datuk nyurut ka diri atau kami narit Datuk’ (Datuk perlu berundur atau kami akan jatuhkan Datuk), ‘Selamat nemuai Datuk 5 tahun sekali datai udah berpilih bye-bye’ (Selamat datang Datuk yang hanya datang sekali dalam lima tahun selepas pilihan raya, selamat tinggal).

Tidak cukup dengan itu satu lagi banner teah dipasang yang tertulis ‘Kitai ganti Datuk Jacob udah tuai enggai jalai BN alah kitai rugi’ (Kita perlu ganti Datuk Jacob kerana beliau sudah tua dan jika BN kalah, kita juga yang rugi) dan keempat berbunyi: ‘Datuk Jacob masti diganti nti nda BN alah’ (Datuk Jacob mesti digantikan jika tidak BN akan kalah).

Keengganan penduduk menerima Datuk Jacob Dungau Sagan sebagai calon penyandang dan pilihan disebabkan prestasinya sebagai wakil rakyat amat mendukacitakan.

Andai benar ini yang berlaku, BN dan SPDP harus segera memikirkan kembali keputusan sebelum ini sekiranya mahu terus menjadikan Sarawak sebagai simpanan tetap BN. Namun, jika kehendak rakyat dinafikn, maka musibah akan berlaku atas sebab kuasa di tangan rakyat.

Signal yang ditunjukkan rakyat itu membuatkan Tan Sri William Mawan terpaksa memikirkan semula status Datuk Jacob Dungau Sagan bagi bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Demi memastikan BN terus berpayung di Sarawak, pengerusi-pengerusi parti kompenan BN Sarawak perlu mengambil perhatian di atas kehendak rakyat. Harus diingat, rakyat yang mempunyai kuasa untuk menentukan pilihan rakyat. Justeru itu, BN Sarawak perlu peka dengan kehendak rakyat yang sekarang ini sudah matang dalam berpolitik.

Begitu juga kepada kompenan BN lain di Sarawak seperti PBB, SUPP dan PRS. Janganlah anggap kemenangan BN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak lepas sebagai gambaran BN akan menang mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Utusan Borneo, 20 September 2011

Ketika melawat kawasannya, Ahli Parlimen Baram itu ‘disambut’ empat kain rentang memintanya berundur

KUCHING: Tatkala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan baru-baru ini mengumumkan Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan akan mempertahankan kerusi-nya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun penduduk akar umbi seolah-olah mahu beliau bersara.

Difahamkan ketika melawat kawasannya semalam, beliau ‘disambut’ dengan empat kain rentang yang diletakkan di simpang jalan Beluru/Lapok/SMK Bakong.
Menurut sumber, kain rentang itu ditulis dalam bahasa Iban yang membawa mesej meminta Ahli Parlimen itu berundur atau mereka akan menjatuhkan Sagan.
Antara isi kandungan mesej itu adalah: ‘Datuk nyurut ka diri atau kami narit Datuk’ (Datuk perlu berundur atau kami akan jatuhkan Datuk), ‘Selamat nemuai Datuk 5 tahun sekali datai udah berpilih bye-bye’ (Selamat datang Datuk yang hanya datang sekali dalam lima tahun selepas pilihan raya, selamat tinggal).
Kain rentang ketiga berbunyi: ‘Kitai ganti Datuk Jacob udah tuai enggai jalai BN alah kitai rugi’ (Kita perlu ganti Datuk Jacob kerana beliau sudah tua dan jika BN kalah, kita juga yang rugi) dan keempat berbunyi: ‘Datuk Jacob masti diganti nti nda BN alah’ (Datuk Jacob mesti digantikan jika tidak BN akan kalah).
Ayat-ayat tersebut, me-nurut sumber, disembur menggunakan cat berwarna hitam dan hijau.
Sagan, merupakan antara tiga Ahli Parlimen SPDP yang sah mempertahankan kerusi parti dalam PRU nanti.
Dua lagi Ahli Parlimen ialah Jelaing Mersat (Saratok) dan Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu).
Ahli Parlimen Mas Ga-ding Datuk Dr Tiki Lafe pula belum diketahui sama ada akan bertanding semula atau tidak berikutan kegagalannya menghadiri tujuh mesyuarat Majlis Tertinggi dalam dua tahun lepas selain tidak pernah menyuarakan keinginan untuk bertanding semula.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger