Monday, September 26, 2011

DAP TIDAK GENTAR SEBALIKNYA UGUT PEMIMPIN PAS


Ugutan Nik Aziz yang mahu mewujudkan kembali hukum Hudud sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai kerajaan telah diterima baik pemimpin-pemimpin DAP. Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Nik Aziz sebelum ini telah menggugut pemimpin DAP bahawa sekiranya DAP tidak mahu menerima cadangan perlaksanaan hukum hudud, maka hubungan PAS dalam Pakatan Pembangkang akan berakhir. Sama ada PAS keluar Pakatan Pembangkang atau DAP keluar Pakatan Pembangkang tertakluk kepada keadaan.

Karpal Singh sebelum ini menyatakan parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan”

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama”

Manakala, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam. Ini sudah jelas sebelum pembentukan Pakatan Pembangkang lagi.

Sekiranya PAS mahu keluar Pakatan Pembangkang, DAP tidak akan rugi apa-apa memandangkan DAP kini sudah semakin kuat. Ini terbukti dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas yang mana DAP telah berjaya menambah bilangan kerusi berbanding PAS yang kalah di kesemua kerusi yang ditandinginya.

Tegas Guan Eng lagi, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Dalam Pakatan Pembangkang, DAP telah berjaya mengukuhkan kuasanya manakala PKR sekadar menumpang populariti DAP begitu juga PAS. PAS hanya kuat disebabkan populariti masyarakat Melayu yang dikatakan terlalu taksub dengan Nik Aziz sehingga mengabaikan kesepakatan dalam Pakatan Pembangkang.

1 komen:

  1. Dasar kafir azali DAP ni.. Bila kat ceramah politik dan majlis bermotifkan politik sanggup pakai songkok, kopiah, sarban. Beri ceramah kempen politik pun guna ayat suci Al-Quran dan hadis. Tapi bila bab nak laksanakan hukum hudud dan negara Islam DAP bantah dengan keras. DAP penipu rakyat dan orang-orang Islam..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger