Friday, September 9, 2011

TUAI RUMAH DIPECAT SALAHKAN KERAJAAN



Enam orang Tuai Rumah dari daerah Kanowit telah ditamatkan perkhidmatan mereka sejak 1 Ogos lepas tanpa memberikan alasan yang munasabah seperti mana yang dilaporkan Utusan Borneo, Jumaat, 9 September 2011.

Tuai Rumah Sandah Tabau, 40, dari Nanga Tiga Ulu Machan mendakwa dirinya telah menerima surat daipada kerajaan negeri bertarikh 19 Julai lepas berhubung pemberhentiannya sebagai tuai rumah berkuatkuasa 1 Ogos lepas.

Akibat daripada pemberhentiannya itu, Sandah Tabau mengemukakan pertanyaan kepada kerajaan negeri sebab mengapa dirinya dan mereka yang lain ditamatkan perkhidmatan sebagai tuai rumah sedangkan tempoh perkhidmatan empat tahun sebagai tuai rumah hanya akan berakhir pada Ogos 2013?

Dalam surat pemberhentian yang diterima Sandah, menyatakan bahawa perkhidmatan tuai rumah adalah atas budi bicara kerajaan dan boleh ditamatkan oleh salah satu pihak dengan sebulan notis atau sebagai ganti membayar sebulan elaun.

Berbeza pula dengan Tuai Rumah Udam Enyau, 63, dari Nanga Lipus yang juga menerima surat pemberhentian yang sama, tetapi mengakui telah melakukan kesalahan apabila membenarkan calon dan jentera PKR menggunakan Dewan Lipus untuk berkempen dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas bagi menentang BN.


Alasan Udam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lipus menyatakan tindakannya membenarkan PKR menggunakan Dewan Lipus sebagai tempat berkempen bertujuan untuk mendapatkan wang hasil daripada sewaan PKR semasa kempen pilihan raya.

Menurut Udam lagi, persetujuan menyewa Dewan Lipur yang pembinaannya dibiayai kerajaan kepada PKR adalah berdasarkan keperluan kewangan dan bukannya melihat dalam soal politik, bangsa atau agama.

Mereka Tuai Rumah yang telah diberhentikan perkhidmatannya itu telah mengadakan sidang media di Pejabat PKR Cawangan Lanang yang turut dihadiri Pengerusi PKR Lanang, George Cheng.

Melihat kepada isu terbaru ini, tindakan beberapa Tuai Rumah yang secara terang-terangan ‘menentang’ kerajaan dengan menyediakan keperluan kepada pembangkang dalam pilihan raya lepas. Pastinya, setiap Tuai Rumah mempunyai silap langkah ketika pilihan raya sama ada memihak kepada Pakatan Pembangkang atau memberikan kemudahan kepada Pakatan Pembangkang untuk menentang kerajaan. Harus diingat bahawa elaun dan kemudahan kampung yang diterima Tuai Rumah dan penduduknya adalah datangnya dari kerajaan.

Sewajarnya, kerajaan tidak akan memberhentikan perkhidmatan Tuai Rumah secara sesuka hati atau sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan. Mungkin, dalam sidang media itu Tuai Rumah sengaja untuk tidak menyatakan alasan yang kukuh atau tindakan yang mereka buat semasa pilihan raya supaya sidang media itu akan menampakkan ketidakadilan kerajaan terhadap mereka. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger