Friday, September 23, 2011

HUDUD PUNYA PASAL, NIK AZIZ DESAK PAS KELUAR PAKATAN



Isu Hukum HUDUD kembali melingkari politik tanahair apabila kes kematian dan merebaknya penyakit AIDS/ HIV menghantui rakyat Kelantan. Situasi terbaru ini amat-amat mengejutkan rakyat Malaysia memandangkan Kelantan diperintah PAS yang berpegang kepada ajaran Islam.

Merebaknya penyakit AIDS/ HIV ini telah menggambarkan bahawa Kelantan menjadi sarang masalah sosial. Ini sekaligus mencetuskan persoalan bagaimanakah pemerintahan Kerajaan Kelantan yang dipimpin Nik Aziz sebagai Menteri Besar?

Menteri Besar Kelantan itu segera memberi respon bahawa masalah sosial yang serius berlaku di Kelantan adalah disebabkan keengganan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir mempersetujui tindakan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

Alasan Nik Aziz itu cuba untuk menidakkan kelemahan pemerintahannya yang ketika ini hangat mendapat cemuhan dan tentangan daripada rakyat Kelantan sendiri yang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak pandai memerintah.

Berbeza dengan beberapa negeri yang ditadbir BN, gejala dan masalah sosialnya masih ditahap tidak membimbangkan dan tidak seperti Kelantan. Pulau Pinang yang ditadbir DAP juga dikatakan mempunyai masalah akibat penolakan orang-orang Melayu terhadap pemerintahan Lim Guan Eng yang mengamalkan pemerintahan diskriminasi.

Membidas jawapan Nik Aziz, Tun Dr Mahathir memberitahu kini beliau bukan lagi Perdana Menteri dan terpulanglah kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk mempertimbangkan cadangan Kelantan mahu melaksanakan hukum hudud.


Atas pertimbangan itu, Nik Aziz bertekad untuk mengembalikan cadangan melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Bagaimanapun, cadangan Nik Aziz itu bertentangan dengan penubuhan Negara Berkebajikan seperti yang diwar-warkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS sebelum ini.

PAS dalam Muktamarnya sebelum ini menegaskan PAS akan mengamalkan konsep Negara Berkebajikan bagi menggantikankonsep Negara Islam yang telah diperjuangkan selama ini. Hakikatnya, terbentuknya PAS dalam Pakatan Pembangkang bersama DAP dan PKR, hala tuju politik PAS ternyata telah berubah.

Pakatan Pembangkang telah bergolak lagi dan kini mengenai isu Hukum Hudud. Sebelum ini PAS dan Pakatan Pembangkang telah tertekan dengan isu komunis yang cuba diketengahkan PAS dan Mat Sabu serta isu video seks dan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim. Situasi ini secara langsung telah menggugat keprecayaan rakyat terutama orang Melayu di atas perjuangan dan hala tuju politik PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Di sebaliknya cubaan untuk menghidupkan lagi hukum hudud, Pengerusi DAP, Karpal Singh menemplak kenyataan Nik Aziz bahawa telah dipersetujui sebelum ini bahawa Hukum Hudud yang cuba dibawa PAS itu tidak akan diungkit dan dibincangkang dalam hubungan Pakatan Pembangkang.


Karpal Singh juga menidakkan pandangan Nik Aziz bahawa masalah dan gejala sosial di Kelantan bukan disebabkan ketiadaan perlaksanaan hukum hudud sebaliknya kelemahan pentadbiran Kerajaan Kelantan dan PAS di negeri Pantai Timur itu.

Disebabkan tidak setuju dengan Karpal Singh, Nik Aziz mengambil keputusan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Pembangkang. Oleh kerana orang (Karpal Singh) tidak mahu dengar pandangan PAS berhubung kebaikan hukum hudud, maka kita (PAS) tidak teragak-agak keluar dari Pakatan Pembangkang.


Anwar Ibrahim juga mencelah mengenai pandangan hukum hudud itu yang memihak PAS. Ini menyebabkan Karpal Singh marah dan menyatakan DAP tidak ada masalah sekiranya PAS dan juga PKR mahu keluar Pakatan Pembangkang. Sebelum ini pun, sebelum terbentuknya Pakatan Pembangkang atau lebih mula lagi Barisan Alternatif, DAP telah lama bergerak sendiri seperti mana abangnya di Singapura, PAP.

Mengapa pula Anwar Ibrahim menyokong perlaksanaan hukum hudud? Melihat apa yang berlaku di sepanjang kes liwat dan video seks Anwar Ibrahim, ternyata PAS banyak membantu berbanding DAP. Dalam pada itu, pengaruh PAS ke atas orang Melayu sangat kuat sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim berfikir PAS lebih kuat berbanding DAP.

Persoalan kini, apakah keretakan terbaru PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang ini suatu percaturan politik atau sememangnya mereka ini tidak dapat duduk semeja. Seperti kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Melihat kepada persoalan ini ada kebenaranya memandangkang kedua-dua parti itu tidak dapat duduk semeja dan mempersetujui satu-satu keputusan. Ini disebabkan perbezaan idealogi dan hala tuju politik parti. PAS membawa konsep Negara Berkebajikan, DAP membawa konsep Malaysian Malaysia (kesamarataan taraf) dan PKR membawa Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Apakah reaksi anda terhadap percetusan terbaru PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang? Ternyata, slogan DAP ganti PAS mempunyai ada kebenarannya. 

1 komen:

  1. apa pon situasinya sekarang DAP telah mengaut keuntungan dan akan terus mengaut lagi keuntungan. inilah masaalahnya dengan orang2 melayu yang bodoh sombong, sanggup menjadi pengkhianat negara bangsa dan agama. rasanya agak terlewat dah nak pulihkan keadaan ini, suatu nilai yang tidak terbayar oleh mereka yang berkenaan. inilah akibatnya apabila otak2 orang melayu diletakkan di kepala lutut.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger