Sunday, September 4, 2011

KARPAL SINGH SELAMATKAN MARUAH PAKATAN PEMBANGKANG




Kenyataan Mat Sabu menggelarkan komunis yang menyerang mata-mata (polis) di Bukit Kepong sebagai hero sebenar telah mendapat banyak bantahan khususnya daripada bekas-bekas anggota polis dan tentera. Cubaan Mat Sabu kali ini cuba untuk memesongkan sejarah negara ke atas pengorbanan dan jasa pejuang negara khususnya mereka yang berjuang mempertahankan negara.

Demi mempertahankan maruah Pakatan Pembangkang, Karpal Singh bingkas bangun menolak dan menidakkan dakwaan Mat Sabu bahawa komunis sebagai pejuang sebenar negara. Kenyataan Karpal Singh yang membidas kenyataan Mat Sabu dilihat sebagai cubaan untuk mempertahankan maruah Pakatan Pembangkang yang sekarang ini dilihat telah teruk tercemar.


Bagaimanapun, dalam konteks yang berbeza, situasi Mat Sabu ini dilihat sebagai suatu rancangan Pakatan Pembangkang untuk mengangkat kembali perjuangan DAP yang kononnya memperjuangkan negara.

Dari satu sudut lain, situasi ini seakan-akan dibuat-buat bagi mengembalikan keyakinan masyarakat Cina dalam memperjuangkan pejuang negara.

Seperti biasa Mat Sabu akan memulakan rentak dengan memberikan kenyataan sensasi dan kontroversi. Apabila telah menjadi bualan ramai, maka DAP akan cuba meredakan kemarahan rakyat dengan memberikan kenyataan yang bertentangan. Ini sekaligus menggambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa DAP bersifat baik.

Melihat kepada permainan ini, ternyata kerajaan dan BN kini sedang dipermainkan Pakatan Pembangkang yang cuba mencetuskan perasaan benci secara berterusan kepada kerajaan dan BN.

Strategi Pakatan Pembangkang kini meminta PKR ataupun PAS untuk memulakan langkah pertama dalam mencetuskan kontroversi. Selepas ini, DAP akan cuba membuatkan rakyat termakan budi dengan menidakkan perbuatan PKR dan PAS sebaliknya menyokong pandangan rakyat. Ini secara langsung menaikkan nama DAP di mata masyarakat.

Persoalan kini, apakah BN sedar tentang permainan terbaru Pakatan Pembangkang yang menjadikan persepsi sebagai suatu kaedah menarik perhatian rakyat Malaysia?

Persoalan lain, kenapa Karpal Singh dan kenapa tidak Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang membuat kenyataan membidas Mat Sabu? Apakah mereka anak beranak ini menyokong kenyataan Mat Sabu bahawa komunis pejuang negara?

Tidak hairan sekiranya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mengarahkan Karpal Singh untuk membidas kenyataan Mat Sabu.

Sebelum ini, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cenderung menyokong perjuangan komunis yang dilihat serasi dengan perjuangan DAP. Dan, untuk memastikan rakyat Malaysia lebih percayakan DAP khususnya kaum Melayu dan India yang sangat membenci komunis, maka Karpal Singh diarah mewakili DAP.

Percaya atau tidak, tanyalah kepada pasukan gerak saraf Pakatan Pembangkang yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan orang-orang Amerika Syarikat yang berketurunan Yahudi bahawa semua ini adalah rancangan Pakatan Pembangkang. 

3 komen:

  1. Rakyat Malaysia Wajib kena faham,

    ITU SEMUA SEBUAH SKRIP DRAMA TERBARU CIPTAAN DAP DAN MAT SABU ADALAH ANJING UPAHAN, JANGAN TERPERANGKAP.

    DASAR KOMINIS DAP SUDAH MULA DITERAPKAN KEPADA ORANG2 MELAYU. TERIMA KASIH DATO ZAHRAIN YANG LEBIH AWAL MENGHIDUNYA.

    ReplyDelete
  2. akubekaspkr:

    Terima kasih di atas komen anda. Seperti yang saudara katakan, sememangnya segala yang dilakukan Pakatan Pembangkang pada hari ini seperti isu Mat Sabu persendakan perjuangan polis di Bukit Kepong, isu pemeriksaan Gereja DUMC dan segala macam berkaitan Pakatan Pembangkang adalah mainan mereka.

    Mereka ini cuba untuk menimbulkan persepsi di satu pihak dan dalam masa yang sama cuba untuk menunjukkan hero dalam mengatasi masalah yang sebenarnya dirancang rapi mereka.

    Tahniah akubekaspkr.

    ReplyDelete
  3. Ingat DAP maka ingat Komunis.
    DAP adalah parti berunsurkan Komunis.
    Mat Sabu adalah salah seorang Komunis Melayu.
    PM segerakan PRU 13 sebelum rakyat semakin terpesong oleh dakyah Mat Sabu (PAS) dan DAP.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger