Thursday, September 22, 2011

M. MANOHARAN CADANG TUKAR JALUR GEMILANG KEPADA BENDERA KOMUNIS



Kenyataan M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera lain sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia pada PRU-13 nanti dilihat suatu tindakan yang amat-amat bangsat.


Ini sekaligus menggambarkan bahawa ADUN Kota Alam Shah dari DAP  itu selesa dan menghargai kehidupannya di bumi Malaysia ini.

Susulan itu, rakyat Malaysia yang prihatin dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis berhubung tindakan biadap M. Manoharan.

Sehingga kini jumlah laporan polis yang telah dibuat mencecah ratusan laporan akibat rasa tidak puas hati tindakan M. Manoharan. Di samping laporan polis, terdapat juga beberapa individu yang juga rakyat Malaysia mendesak M. Manoharan dibuang negara kerana kebiadapan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apakah sebenarnya maksud kenyataan M. Manoharan yang mahu menukarkan Jalur Gemilang? Hanya alasan yang mengatakan Jalur Gemilang itu mirip logo Barisan Nasional sehingga mahu menukarkan Jalur Gemilang kepada bendera komunis?


Mengikut landskap politik, tindakan M. Manoharan itu ada kaitannya dengan perbuatan Mat Sabu yang sebelum ini memperjuangkan idealisme komunis. Disebabkan itu, Mat Sabu telah menjadi sangat popular mengatasi ‘bos’ besarnya, Anwar Ibrahim.

Ketika ini, setiap parti politik termasuk DAP sedang dalam penelitian untuk memilih calon dalam PRU-13 dan pastinya M. Manahoran juga mengintai namanyauntuk dicalonkan semula. Ketika ini, DAP dikatakan mempunyai banyak nama yang akan diketengahkan dalam PRU-13 nanti dalam usaha dipilih semula menerajui Kerajaan Selangor.

Dalam perkembangan terbaru, nama M. Monaharan dikatakan mendapat persaingan memandangkan prestasi ADUN itu tidak konsisten sehingga menyebabkan ramai pengundi dan penyokong Pakatan Pembangkang mahukan calon baru atau memilih calon BN pada PRU-13 akan datang.

Perkembangan terbaru yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Disiplinnya, Tan Kok Wai bahawa DAP sangat tidak setuju dengan perbuatan M. Manoharan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang.

"Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik. Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi," katanya.

Tan Kok Wai menyifatkan kenyataan M. Manoharan itu bersifat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.

Bagaimanapun, bagi rakyat Malaysia setiap perbuatan mahupun tindakan yang dibuat setiap ahli parti mencerminkan kehendak parti itu. Ini kerana ADUN itu bercakap sebagai seorang ADUN dan parti. Lainlah sekiranya M. Manoharan itu bukan lagi ahli parti.

4 komen:

  1. Cadangan menukar bendera Malaysia kepada satu wajah rupa yang lain adalah satu cadangan SIAL.

    ReplyDelete
  2. Mangkuk ni memang bodoh. Masa bendera tu direka BN belum wujud, Perikatan pun lambang Perahu Layar. Kenyataan dia ni dalam Facebook tu mempersendakan lambang negara tercinta kita ini. Tapi apa nak buat barisan pembangkang di Malaysia ni semua tak boleh pakai, kalau bagi peluang perintah Malayisa habis terlungkup, silap-silap semua negeri berpecah dan Malaysia tinggal Wilayah Persekutuan saja.

    ReplyDelete
  3. kelihatan menhasut rakyat dengan memberi tafsiran yang berbeza dari yang sebenarnya.tidak petrotik dan tidak cintakan tanah air.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana kalau kita cadangkan ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan dibuang negara ke mana-mana negara yang sudi terima.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger