Wednesday, September 21, 2011

MAT SABU DIDAKWA DI MAHKAMAH JUGA RUMAH MAT SABU CUBA DIBAKAR



Terlambatkah Mat Sabu ditahan dan didakwa di mahkamah hanya selepas sebulan lebih isu Mat Sabu menyanjung tinggi Ahmad Indera @ Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan menyokong perjuangan komunis dalam tragedi Bukit Kepong?

Sebaik sahaja 45 hari berlalu, yang mana tarikh Mat Sabu membuat ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan mengeluarkan kenyataan menyokong komunis serta ribuan laporan polis dibuat rakyat Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, akhirnya Mat Sabu didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth pada hari ini jam 9.00 pagi.

Menurut peguam Mat Sabu, Mohamad Hanipa Maidin, anak guamnya (Mat Sabu) telah dimaklumkan polis mengenai perkara itu dan akan didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Jika sabit kesalahan, Mat Sabu boleh dikenakan hukuman sehingga 2 tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.


Berikutan sokongan moral Mat Sabu terhadap kegiatan komunis, perasaan benci rakyat Malaysia sama ada terhadap Mat Sabu semakin membara. Ini telah menyebabkan rakyat rumah Mat Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam telah dilontar bom petrol tengah malam sehingga menyebabkan pagar rumahnya terbakar.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger