Tuesday, September 13, 2011

MAT SABU ‘NO KOMEN’ KETIKA MENJAWAB SOALAN MENGENAI PERBUALAN SEKS




Gembar seluruh dunia apabila satu ‘suara’ yang dirakam yang mengandungi perbualan telefon berunsur seks telah dimuatnaik di laman Youtube dikatakan milik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu bersama seorang wanita misteri.

Agendadaily dalam laman webnya telah menyiarkan artikel bertajuk Rakaman perbualan seks didakwa suara Mat Sabu-Normah tersebar di Youtube. Susulan daripada artikel itu, wartawan telah mengajukan soalan ini kepada Mat Sabu semasa jamuan hari raya anjuran PAS Pusat di Taman Melewar.

Menjadi kelaziman, tidak pernah Mat Sabu menolak mikrofon mahupun perakam suara ketika diajukan soalan oleh wartawan. Semua sedia maklum bahawa Mat Sabu dan mikrofon tidak dapat dipisahkan. Disebabkan mikrofon juga membuatkan Mat Sabu menjadi semakin popular sehingga membuatkan dirinya menjadi orang kedua yang banyak menerima laporan polis daripada orang ramai di Malaysia ekoran kenyataannya yang menjulang Mat Indera sebagai hero Bukit Kepong dan memperjuangkan komunis. Ketika ini, S. Ambiga masih lagi menjadi individu tertinggi menerima laporan polis disebabkan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 pada Julai lepas. Bagaimanapun, sehingga kini, S. Ambiga masih lagi belum didakwa sehingga menimbulkan kesan laporan polis yang dibuat ke atasnya sehingga mencecah ribuan laporan.

Namun, ketika wartawan mengajukan soalan, Mat Sabu tidak semena-mena menolak mikrofon dan begitu cepat menjawab ‘no komen’ seakan-akan tahu soalan yang akan diajukan wartawan. 

Difahamkan Mat Sabu telah menyebut ‘no komen’ sebanyak 3 kali apabila wartawan bertanyakan soalan itu sehingga membuatkan Mat Sabu tidak selesa.

Mat Sabu yang diketahui seorang yang ‘friendly’ kepada wartawan telah bersikap pelik apabila isu rakaman perbualan suara misteri itu telah diketengahkan wartawan.

Soalan pertama wartawan, apakah beliau (Mat Sabu) sudah mendengar rakaman perbualan itu? Jawapannya, no komen.

Soalan kedua, adakah beliau (Mat Sabu) mahu menafikan suara dalam rakaman itu atau sebaliknya? Jawapannya, no komen.

Soalan ketiga, apakah Mat Sabu mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman suara itu? Jawapannya tetap sama, no komen.

Berbeza dengan soalan satu dan dua, nada Mat Sabu agak serius ketika menjawab soalan ketiga. Menjadi kelaziman PAS dan Pakatan Pembangkang akan menyaman sesiapa saja yang cuba mahu menjatuhkan mereka. Tetapi, tidak pula memikirkan hak yang sama boleh digunakan untuk menyaman PAS dan Pakatan Pembangkang yang secara terang-terangan memutarbelitkan fakta.

Bersandarkan sejarah hidup Mat Sabu, beliau sebelum ini pernah ditahan bersama pasangannya Normah Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan. Bagaimanapun, tuduhan itu terpaksa digugurkan dan kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu telah dibebaskan mahkamah disebabkan masalah teknikal. Normah pada itu masih lagi berstatus isteri orang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger