Friday, September 9, 2011

MAT SABU PUJA MAT INDERA PUNCA RAMAI AHLI PAS KELUAR PARTI



Ramai lagi ahli-ahli PAS akan keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kenyataan Mat Sabu yang lantang memuja Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan sambil menidakkan perjuangan polis dalam tragedi Bukit Kepong.

Tindakan lebih 50 orang ahli PAS Padang Terap telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Mereka ini sangat marah dengan Mat Sabu. Sebagai manusia kesabaran ada hadnya dan tindakan Mat Sabu memutarbelitkan fakta sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli PAS sejak 35 tahun dahulu mewakili kumpulan ahli-ahli PAS telah menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala.

Selain rakan-rakan, turut serta mengikut jejak langkah Ismail Abdullah keluar PAS ialah anggota keluarga kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis".

Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara".

Dipercayai selepas ini ramai lagi ahli-ahli PAS akan keluar parti disebabkan keceluparan Mat Sabu dan keengganannya menarik balik kenyataannya yang mendakwa Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan dan menyanjungi perjuangan komunis serta tidak mengiktiraf peranan polis semasa tragedi Bukit Kepong.

Tindakan beberapa ahli PAS keluar parti menunjukkan kesedaran kepada mereka yang selama ini telah diperbodohkan dengan PAS itu Islam dan Negara Berkebajikan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger