Friday, September 30, 2011

NIK AZIZ BERTEGAS LAKSANAKAN HUDUD KETEPIKAN KEPUTUSAN MAJLIS PIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG



Terkini, Nik Aziz bertegas tetap mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan berdasarkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Demikian juga penjelasannya terhadap hasrat melaksanakan hukum hudud di peringkat kebangsaan sekiranya Pakatan Pembangkang. Keputusan nekad Nik Aziz itu sangat memberikan tamparan kepada Anwar Ibrahim.

Keputusan Mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang Rabu lepas yang menyaksikan ahli-ahli mesyuarat berpakat menolak cadangan Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud. Bagaimanapun, ramai berpendapat keputusan itu telah menyebabkan kedudukan Anwar Ibrahim semakin goyah apabila gagal dan tidak berani menyatakan pendirian sebenar mengenai hukum hudud.

Pendirian pakatan pembangkang yang menghormati pendirian PAS tetapi pada masa sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya menampakkan kegusaran pembangkang untuk menyebelahi satu-satu pihak.

Keputusan tersebut menampakkan sikap sebenar pembangkang yang suka berdolak-dalik dalam sesuatu isu sehingga mengelirukan rakyat.

Dalam pada itu, larangan pakatan pembangkang kepada semua pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan berhubung perbalahan mereka dalam isu pelaksanaan hukum hudud juga jelas bertentangan dengan kebebasan bersuara dan demokrasi yang dilaung-laungkan mereka selama ini.

Inilah dia sandiwara Pakatan Pembangkang yang gemar mengelirukan rakyat ......

1 komen:

  1. ..semua orang bebas menyatakan 'kemahuan' masing2 diatas sesuatu perkara. Samada dia ada 'upaya' untuk laksanakan perkara yg dimahukan itu atau tidak menjadi persoalan lain.

    Tok ki saya yg berumur 75 tahun selalu menyatakan 'kemahuan' untuk berkahwin dgn seorang anak dara dan kebetulan ada seorang anak dara yg sanggup berkahwin dengannya. Seminggu kemudian mereka bercerai kerana Tok Ki sebenarnya sudah tidak mampu 'melayan' isteri mudanya. Nafsu saya lebih tapi....

    Jadi janganlah dalam perkara Undang2 Hudud ini ada orang yg meroyan bercakap berdegar2 nak laksana hudud tapi sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu nak buat apa dengan undang2 Hudud itu tapi hanya sekadar dijadikan alat berpolitik saja.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger