Thursday, September 8, 2011

NURHANIM MOKHSEN BERMAIN API DENGAN FADILLAH



Datuk Fadillah Yusof yakin bahawa BN akan mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.


“Kami (BN) tidak peduli apa yang akan mereka (pembangkang) lakukan. Kami akan terus memberi fokus kepada usaha kami untuk rakyat terutamanya di kawasan Petra Jaya, anda boleh melihat usaha kami (BN) mentransformasikan kawasan ini”.

Bagaimanapun, kenyataan Fadillah ini telah mendapat kritikan daripada Nurhanim Mokhsen bakal calon PKR di kawasan Petra Jaya yang akan mewakili PKR bagi menentang Fadillah dan BN.

Terdahulu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebelum ini mengesahkan bahawa PKR sangat berminat di Parlimen Petra Jaya sebagai salah satu kawasan yang diingini PKR pada PRU-13 akan datang.

Nurhanim Mokhsen yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi PKR Sarawak merupakan calon yang disebut-sebut untuk bertanding di kawasan Parlimen Petra Jaya. Desas-desus ini kuat memandangkan nama beliau sebelum ini pernah diangkat untuk menjadi calon di kawasan DUN Tupong pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas, tetapi terpaksa memberi laluan kepada saudaranya Baharuddin Mokhsen. Tujuannya, nama Nurhanim Mokhsen hanya akan diangkat pada PRU-13 akan datang.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Nurhanim Mokhsen mengkritik dan menemplak kenyataan Fadillah mengenai peluang BN untuk terus mengekalkan penguasaannya di Petra Jaya.

Sambil menggesa Fadillah melihat kembali keputusan PRU-12 sebelum ini yang banyak membawa kepada kemenangan Pakatan Pembangkang di beberapa buah negeri termasuk di Selangor. Menurut Nurhanim, Selangor yang merupakan kubu kuat BN akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang. Adalah tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku ke atas Parlimen Petra Jaya.

Berang dengan kenyataan Fadillah, Nurhanim kini giat untuk turun padang dan menemplak keputusan dan cadangan yang dilaksanakan kerajaan di kawasan Parlimen Petra Jaya. Malah, Nurhanim menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengulas panjang mengenai keyakinan Fadillah sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka di kawasan Parlimen Petra Jaya pada PRU-13 akan datang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger