Monday, September 5, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG POLITIKKAN MISI KEMANUSIAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA




Apa Sumbangan Lim Kit Siang Dan Tian Chua Kepada Malaysia?

Pemergian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika menjalankan tugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia akibat tembakan curi di Mogadishu telah menggemparkan seluruh dunia kewartawanan Malaysia dan antarabangsa. Demikian juga rakyat Malaysia yang turut meratapi kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Namun demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan kehilangan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan kehilangan seorang hero negara.

Sumbangan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor ketika di Somalia dengan menjalankan tugas untuk mendapatkan berita dan disampaikan kepada seluruh Malaysia dan dunia bagaimana keadaan masyarakat di Somalia yang sedang menghadapi perang saudara sejak 8 tahun dahulu hingga sekarang. Penderitaan yang dialami rakyat Somalia yang kekurangan bekalan makanan dan terjejasnya kesihatan mereka telah menginsafkan rakyat Malaysia seperti yang dirakam Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor.

Bagaimanapun, ini tidak cukup bagi Pakatan Pembangkang di Malaysia yang biasanya sentiasa mengambil peluang dan ruang di atas apa saja kejadian walaupun melibatkan kehilangan nyawa dengan mempolitikkan kejadian tersebut.

Seharusnya Pakatan Pembangkang mengambil iktibar dan menghormati pasukan Kelab Putera 1Malaysia yang menjalankan misi kemanusiaan. Tetapi, tidak pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya tahu mengkritik, menabur fitnah dan mempolitikkan apa saja yang berlaku demi menjayakan agenda politik mereka.

Beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang sebelum ini telah menjadikan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor sebagai bicara politik.

Sebagai contoh, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya semalam menyiarkan tulisan Blackhawk bertajuk Misi Perubatan UMNO di Somalia: Tulen atau publisiti murahan?.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula dalam satu mesej twitter menyebut Dia tidak mahu dipersalahkan sambil merujuk kepada komen Najib yang meminta media tidak mencari kesalahan dalam insiden tersebut.

Portal Pakatan Pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang cenderung menyalahkan penganjur iaitu Kelab Putera 1Malaysia di bawah UMNO akibat kematian Noramfaizul itu. Dakwaan ini lebih berasaskan politik berbanding memberi penghormatan rakyat Malaysia yang terkorban ketika sedang menjalankan tugas misi kemanusian.

“Orang bila dia hati busuk, tidak ada pun kebaikan yang kita buat akan dapat balasan baik daripada orang yang hati busuk ini. Itulah parti lawan, memang mempunyai hati busuk”.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Melihat kepada pemergian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor di Somalia ketika menjalankan tugas misi kemanusiaan yang dilihat lebih mulia berbanding apa sumbangan Lim Kit Siang dan Tian Chua yang hanya mahu menjadi hero di Malaysia sebagai pemimpin politik penabur fitnah. Apa sumbangan Lim Kit Siang dan Tian Chua kepada Malaysia?

Justeru, sebagai rakyat Malaysia tindakan pemimpin Pakatan Pembangkang mempolitikan misi kemanusian Kelab Putera 1Malaysia dan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor dilihat sebagai suatu tindakan yang pengecut. Sebaliknya, Pakatan Pembangkang kelihata gusar dengan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan yang ketika ini berjuang demi keamanan dunia dan Malaysia khususnya.

Semoga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger