Monday, September 12, 2011

MAT SABU BERUSAHA WUJUDKAN NEGARA KOMUNIS BAWA CHIN PENG



PAS dan Mat Sabu kini telah terperangkap dengan mainan mereka apabila cuba untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia dengan memesong fakta sejarah. Tindakan ini seperti telah memakan diri mereka sendiri apabila telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya keluarga dan saudara mara mereka yang terlibat dalam kejadian Bukit Kepong.

Walaupun terperangkap, Mat Sabu telah berjaya merungkai dan menimbulkan persepsi kepada rakyat mengenai sejarah kemerdekaan negara. Dalam masa yang sama telah menyebabkan nama Mat Sabu sebaris dengan nama Anwar Ibrahim yang perbicaraan kes liwatnya akan disambut selepas Hari Raya ini.

Keluarga Mat Indera tentunya berterima kasih kepada Mat Sabu yang telah mempopularkan Mat Indera walaupun sebelum ini ramai yang tidak mengetahuinya. Inilah yang dimahukan Mat Sabu khususnya anak-anak muda yang buta sejarah supaya mengiyakan apa yang diperkatakan Mat Sabu.

Selepas ini, siapakah pula di kalangan anggota komunis yang akan diangkat Mat Sabu sebagai pejuang kemerdekaan negara? Chin Peng? Adalah tidak mustahil kerana Mat Sabu telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia mengenali Mat Sabu. Selepas ini Mat Sabu akan mengangkat Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Ini akan menyebabkan tokoh-tokoh sejarah akan membahaskan siapa Chin Peng?


Semenjak mengambil alih pemimpin nombor 2 dalam PAS, kelibat Mat Sabu kian popular sehingga berjaya menenggelamkan nama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Selepas ini adalah tidak mustahil Mat Sabu akan menjadi Presiden PAS yang ketika ini lebih banyak mendiamkan diri disebabkan beliau mengetahui kenyataan Mat Sabu itu telah berjaya mengundang kemarahan rakyat terhadap PAS.

Demi memastikan PAS berjaya menusuk ke hati orang Cina, Mat Sabu yang sangat digemari kaum Cina dalam DAP dan PKR berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak sokongan. Selain DAP, PAS merupakan parti pembangkang yang asli dan mempunyai pengaruh yang kuat berbanding PKR. DAP dan PAS melihat PKR kini sudah hilang taring disebabkan kes liwat pemimpin utamanya.

Kini, Mat Sabu sudah semakin angkuh dan sombong di atas kepopularannya dalam mengangkat komunis sebagai hero Bukit Kepong. Selepas ini, Mat Sabu juga akan menjadi hero apabila orang nombor 2 dalam PAS akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Sama-sama kita tunggu dan lihat.   

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger