Thursday, September 8, 2011

PEMERHATI POLITIK: MASALAH DALAMAN PEMUDA PBB JEJASKAN SOKONGAN KEPADA BN?



Merujuk kepada kenyataan seorang pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan telah meramalkan PRU-13 akan datang masih menjadi milik BN. Ini berasaskan kepada senario semasa yang menggambarkan bahawa rakyat kini sudah menerima Gagasan 1 Maaysia.

Bagaimanapun, pandangan pemerhati politik berkenaan terhadap kawasan Petra Jaya yang dianggapnya akan terus dipegang BN. Ini berdasarkan kepada sikap pengundi tempatan yang majoritinya Melayu akan terus setia kepada BN selain kebosanan mereka terhadap idealogi Pakatan Pembangkang.

Begitupun, PRU-13 tidak akan memberikan kemenangan mudah kepada Fadillah di Parlimen Petra Jaya ekoran gelombang Pakatan Pembangkang di Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas. Di samping itu, pemerhati berkenaan meramalkan undi Fadillah di Parlimen Petra Jaya akan berkurangan majoritinya berbanding PRU-12 lepas.

Penganalisis itu juga mengaitkan krisis dalaman Pemuda PBB Sarawak akan memberikan kesan ke atas sokongan kepada Fadillah. Dengan nada yakin bahawa akan ada Pemuda PBB Sarawak yang akan menyertai Pakatan Pembangkang kerana tidak gembira dengan Fadillah selaku Ketua Pemuda PBB Sarawak.

Kenyataan pemerhati itu seakan-akan menggambarkan dia seorang ahli atau pemimpin Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan corak kenyataan dan pengetahuannya terhadap masalah dalaman Pemuda PBB Sarawak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger