Sunday, September 18, 2011

RAKAMAN CCTV MENGGAMBARKAN ESKAY DAN ANWAR IBRAHIM JALAN SEIRINGAN DI AMPANG APARTMEN PADA TARIKH VIDEO SEKS BERSAMA PELACUR CINA



Sebelum ini ramai di kalangan pemimpin mahupun ahli-ahli Pakatan Pembangkang sangsi dengan video yang dipaparkan kumpulan Datuk T dan bloggers yang menegakkan keadilan dalam menentukan nasib Anwar Ibrahim sebagai pelaku seks.


Semalam, blogger Papagomo telah mengejutkan politik Malaysia khususnya Anwar Ibrahim apabila menayangkan video berwarna yang sebelum ini telah dijadikan penanda aras dalam menentukan kesahihan video seks itu. Pastinya, Anwar Ibrahim menggigil ketakutan memandangkan sedikit demi sedikit tembarangnya pecah akibat pembohongan yang berterusan.


Ramai pihak yang terlibat dalam pembikinan video telah mengesahkan video yang dipaparkan blogger Papagomo itu sah 100% tulen. Video itu juga telah diserahkan kepada pakar-pakar forensik dalam dan luar negara untuk dianalisis setelah didesak penyokong-penyokong Anwar Ibrahim kononnya analisis tempatan tidak profesional. Namun, yang mengejutkan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang ialah jawapan pakar forensik luar negara juga mempunyai jawapan yang sama iaitu video itu sah.



Kini, apakah pula alasan Anwar Ibrahim terhadap jawapan forensik luar negara itu? Masihkah Anwar Ibrahim terus menafikannya? Jika ini berlaku, kita minta Anwar Ibrahim lakukan sumpah laknat seperti mana yang dilakukan kumpulan Datuk T. Kalau itu juga tidak mahu, jawapan yang jelas lagi terang, memanglah pelaku dalam video seks itu ANWAR IBRAHIM.

Jika penyokong-penyokong Anwar Ibrahim mendakwa video seks hitam putih itu tidak jelas bagi membuktikan pelakon dalam video itu Anwar Ibrahim. Tetapi, semalam blogger Papagomo telah menayangkan rakaman cctv yang menunjukkan Dato’ Eskay berjalan seiringan bersama Anwar Ibrahim di Ampang Apartmen pada tarikh dan masa seperti yang ditunjukkan dalam video seks Anwar Ibrahim.


Yang pasti, pendedahan demi pendedahan akan dilakukan bloggers dalam mendedahkan perilaku sebenar Anwar Ibrahim yang kini telah terdesak untuk mempertahankan diri. 

2 komen:

  1. Masa Datuk S.K bersama Anu turun dengan lif mereka tak berbual-bual ka? Kalau ada rakaman perbualan kan best, mesti D.S.K akan tanaya sedap ka tidak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. hidup papa gomo ssungguhnya kamu sedang berjihad mendedahkan si penipu dan pembohong malaysia untuk semua rakyat malaysia biar rakyat mnilai jihad papa gomo insyallah jihad menentang kemungkaran...aminn alhamduillah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger