Wednesday, September 7, 2011

RAMAH TAMAH AIDILFITRI PKR SARAWAK: ANWAR IBRAHIM CETUS POLEMIK BARU



Biarpun kes liwat Anwar Ibrahim ditangguhkan sementara disebabkan memberi laluan kepada tertuduh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat-sahabatnya buat kali terakhir. Pastinya Hari Raya mendatang tertuduh akan menyambutnya dalam suasana yang baru dan di kediaman yang baru di Sungai Buloh.

Seperti biasa Anwar Ibrahim meneruskan misinya yang belum kesampaian dengan menghadiri ramah tamah yang dianjurkan PKR di seluruh Malaysia. Pada 5 September lepas, Anwar Ibrahim telah meluangkan masa dengan menghadiri ramah tamah anjuran PKR Sarawak di Kuching.

Kehadiran Anwar Ibrahim di Kuching bagi menghadiri ramah tamah anjuran PKR Sarawak telah mendapat sokongan daripada DAP. Sememangnya dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak, DAP merupakan rakan utama PKR ekoran kemenangan besar DAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang lepas.

Ketika ditemu bual wartawan, Anwar Ibrahim menjelaskan Pakatan Pembangkang berasa yakin akan memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen dan mencetuskan impak yang besar dalam PRU-13 akan datang. Sambil menyifatkan Pakatan Pembangkang akan memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen di Sarawak bagi mengukuhkan lagi cengkaman mereka untuk menuju Putrajaya.

Anwar Ibrahim menyifatkan kemerosotan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah membuka ruang kepada Pakatan Pembangkang untuk merebut kembali sokongan daripada rakyat yang sebelum ini memihak kepada Perdana Menteri.

Mengakui populariti Najib sebelum ini yang telah diterima rakyat sebagai suatu ancaman kepada Pakatan Pembangkang. Namun, berdasarkan kajian Merdeka Center yang dipunyai Pakatan Pembangkang yang mendakwa populariti Najib telah menurun. Demikian juga timbul beberapa isu dan cerita yang tidak enak yang telah dicetuskan Pakatan Pembangkang terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini sedikit sebanyak membuka ruang kepada Pakatan Pembangkang untuk mengembalikan sokongan terhadap mereka yang sebelum ini dibelenggu masalah dalaman parti.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi Parlimen di Sarawak, Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Pakatan Pembangkang Sarawak untuk memutuskannya. Anwar Ibrahim mengakui pembahagian kerusi merupakan ancaman terbesar dalam Pakatan Pembangkang kerana Sarawak mempunyai pelbagai kaum.

Melihat kepada sejarah Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas, faktor ketidaksepakatan dalam pengagihan kerusi di antara PKR dan SNAP telah menjejaskan kemenangan besar PKR Sarawak. Keadaan inilah yang menghantui Anwar Ibrahim di Sarawak. Oleh sebab itu, beliau menyerahkan kepada Pakatan Pembangkang Sarawak untuk menentukan agihannya.

Dalam ramah tamah anjuran PKR Sarawak di Kuching, tidak seperti sebelum ini sambutannya kurang memuaskan. Kebanyakan yang hadir adalah terdiri daripada kalangan ahli-ahli dan keluarga serta wartawan. Ini disebabkan rakyat Sarawak sudah bosan dengan politik Anwar Ibrahim yang bermuka-muka dan Pakatan Pembangkang yang hanya mementingkan politik mereka sahaja.

Kini, rakyat Sarawak telah sedar bahawa politik Pakatan Pembangkang hanya berasaskan matlamat mereka untuk menuju Putrajaya dan bukannya untuk menjaga kebajikan rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger