Wednesday, September 28, 2011

RELEVANKAH UMB BN SARAWAK DALAM PRU-13?



Kejayaan Pakatan Pembangkang menguasai 4 negeri dan melakukan tsunami politik pada PRU-12 2008 disebabkan kebijaksanaan bloggers Pakatan Pembangkang mengaplikasikan media baru/ media sosial sebagai wadah politik. Namun, kini BN telahpun menggerakkan pasukan UMB yang ditubuhkan bagi menggerakkan politik dalam media baru khususnya dalam menangkis dakwaan bloggers Pakatan Pembangkang.

Sepanjang PRK pada tahun 2008 hingga 2011, UMB BN telah berjaya mengekang dakwaan bloggers Pakatan Pembangkang dalam pelbagai isu. UMB BN juga dibantu beberapa ribuan bloggers pro-kerajaan dalam membangkitkan kesedaran terhadap pentingnya penyaluran maklumat dengan tepat dan berfakta.

Sayugia, penubuhan UMB ini dilihat tidak mempunyai kepentingan politik mana-mana individu sebaliknya lebih terarah kepada perjuangan BN dan parti. Justeru, bloggers hanya bertanggungjawab ke arah melaksanakan perjuangan parti dalam merealisasikan kemenangan BN bagi mentadbir Malaysia secara berterusan.

Dalam PRK Sibu pertengahan tahun 2010, bloggers UMB BN dan bloggers pro-kerajaan telah memainkan peranan penting dalam menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang secara sederhana. Ini disebabkan kawasan Sibu tidaklah sehebat situasinya di Semenanjung Malaysia dari segi kepentingan media baru, namun sedikit sebanyak berjaya mengubah persepsi rakyat Sarawak.

Menjelang PRN Sarawak Ke-10, BN Sarawak telah mengambil inisiatif dalam menubuhkan UMB BN Sarawak bagi memerangi dakwaan bloggers Pakatan Pembangkang. Difahamkan kebanyakan bloggers Pakatan Pembangkang dalam PRN Sarawak lalu diimport khas dari Semenanjung Malaysia. 

Di pihak BN Sarawak pula, selain anak tempatan, bloggers UMB UMNO juga banyak membantu memerangi kejayaan BN Sarawak dalam PRN Sarawak Ke-10. Bantuan ini perlu memandangkan UMB BN Sarawak masih ditahap belajar. Begitupun, diakui faktor geografi dan liputan telekomunikasi yang terhad di Sarawak menyebabkan penyaluran maklumat hanya dapat diikuti di sesetengah kawasan sahaja.

Selain bloggers UMB BN Sarawak dan UMB UMNO, bloggers prokerajaan dan bloggers jalanan yang mempunyai haluan yang sama juga sedikit sebanyak membantu BN Sarawak dalam mengecapi kejayaan dalam PRN Sarawak ke-10. Malah mereka ini dikatakan lebih berani dan bermaklumat serta tidak gentar dengan ancaman bloggers Pakatan Pembangkang. Malah dikatakan strategi dan pendekatan mereka lebih bernafsu dan bijak menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang yang banyak menyerang peribadi calon BN.

Apakah UMB BN Sarawak telah bersedia dalam menghadapi PRU-13 selepas PRN Sarawak Ke-10? PRN Sarawak Ke-10 telah banyak mengajar UMB BN Sarawak bahawa perkongsian dan ketelusan dalam mengadakan perhubungan amat penting bagi mencapai matlamat. Justeru, UMB BN Sarawak perlu mengukuhkan lagi kesepakatan supaya cita-cita dan harapan penubuhan UMB BN Sarawak ini akan terlaksana. 

4 komen:

  1. rasanya masih relevan.perjuangan kita masih lagi belum selesai.terima kasih kerana memberi sokongan semasa PRN sarawak tempoh hari.

    ReplyDelete
  2. Cakap pada si aziz adenan satim ... jangan action dan bongkak. Dia masih hingus dalam game ni.

    ReplyDelete
  3. Saya lihat UMB sepi sekarang, apakah mempunyai masalah pengurusan ? yang aktif ialah Audi sahaja..

    ReplyDelete
  4. TM: Itu awak kena tanya dengan Aziz Adenan kononnya sebagai penyelaras UMB BN Sarawak. Lepas dapat peruntukan/ duit dalam PRN Sarawak lalu, UMB BN Sarawak dilihat tidur.

    Ke mana tujunya peruntukan/ duit yang diberikan kepada UMB BN Sarawak dulu? Kalau betul bersiap sedia hadapi PRU-13, mana perancangan dan hala tuju UMB BN Sarawak.

    Kebanyakan UMB BN Sarawak ni buat keja untuk kepentingan sendiri dan kumpulan tertentu. Tiada kesepakatan dalam UMB BN Sarawak.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger