Sunday, September 11, 2011

RUMAH TERBUKA MERDEKA RAYA MALAYSIA DAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN, RUMAH TERBUKA PKR PULAU PINANG PULA TIADA SAMBUTAN



Rumah Terbuka Merdeka Raya Malaysia yang diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang telah dibanjiri lebih 25,000 orang. Jumlah ini merupakan suatu angka yang di luar jangkaan memandangkan Pulau Pinang ditadbir Pakatan Pembangkang. Menurut penganjur, mereka hanya menganggarkan sekitar 10 hingga 15 ribu orang sahaja, tetapi yang datang pada pagi tadi sangat memberangsangkan.

Apakah faktor yang menyebabkan begitu ramai penduduk Permatang Pauh hadir ke Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya Malaysia pada kali ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak? Apakah ini akan memberikan gambaran kepada rakyat dan Pakatan Pembangkang bahawa Pulau Pinang akan dikembalikan kepada BN atas kuasa rakyat?

Permatang Pauh merupakan kawasan yang diwakili Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Apakah penganjur tidak menjemput Anwar Ibrahim atas kapisitinya sebagai wakil rakyat Permatang Pauh?

Pastinya, Anwar Ibrahim akan kecut perut melihat kehadiran rakyat yang sangat ramai ke majlis anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu. Ini sekaligus menimbulkan kegelisahan kepada Anwar Ibrahim menjelang PRU-13 akan datang. Adalah tidak mustahil sekiranya situasi pada hari ini dikekalkan di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah disebabkan kalah buat pertama kalinya dalam pilihan raya di kubu kuatnya sendiri di Permatang Pauh? Tapi, itupun sekiranya Anwar Ibrahim dibolehkan bertanding dalam pilihan raya memandangkan beliau sedang menanti hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya atas kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Difahamkan juga Pakatan Pembangkang Pulau Pinang juga mengadakan Rumah Terbuka tidak jauh daripada tempat Rumah Terbuka Merdeka Raya anjuran KPKK. Bagaimanapun, juadah dan makanan yang dihidangkan kepada tetamu di Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Pulau Pinang itu banyak berlebihan kerana tidak ramai yang hadir sehinggakan menyebabkan penganjur terpaksa membuang makanan itu. Situasi terkini ini sangat memberikan tekanan kepada Pakatan Pembangkang khususnya strategi mereka yang juga mengadakan majlis yang sama di Permatang Pauh, tetapi tidak mendapat sambutan penduduk.


Bagi menutup rasa malu, Pakatan Pembangkang cuba menabur fitnah dan beberapa cerita yang tidak menarik kepada rakyat apabila mendakwa UMNO telah memberikan duit raya sebanyak RM50 seorang kepada mereka yang hadir. Fitnah ini seolah-olah memberikan gambaran kepada rakyat bahawa Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan itu adalah bersifat politik. Berbeza kepada Pakatan Pembangkang yang penganjuran Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang di Permatang Pauh adalah semata-mata bersifat politik dan cuba untuk menyaingi Rumah Terbuka Merdeka Raya anjuran KPKK.

Menjadi kelaziman apabila sesuatu niat yang tidak baik itu diadaptasikan di dalam bentuk perbuatan, maka kesannya pastinya memberikan sesuatu yang tidak baik juga kepada penganjurnya. Itulah yang berlaku kepada Pakatan Pembangkang yang menerima hakikat bahawa niat yang tidak baik itu telah diterjemahkan ke dalam perbuatan sehingga menyebabkan Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang tidak mendapat sambutan. 

Kredit Gambar: Pisau.net

4 komen:

  1. pkr merancang akan menghantar lebihan makanan pada sambutan rumah terbuka pkr ke somalia

    ReplyDelete
  2. org ramai dah tau nuar kaki jubo.... sbb tu laaa.....

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro

    banyak tu duit nak pakai... seorang RM50... kalau 25000 orang sudah berapa?... Anwar aje yang boleh beri duit raya sebanyak tu... UMNO juga yang rasuah...hehehee.. Kalau dah otak penipu orang lain juga yang salah...

    ReplyDelete
  4. Bro ajai62: Itulah yang menjadi persoalannya, sedap-sedap aje Pakatan Pembangkang tabur fitnah kata UMNO dan BN bagi duit RM50 kat sesiapa yang hadir ke majlis tu.

    Rumah Merdeka Raya tu bukan tempat politik cuma nak meriahkan majlis Hari Raya peringkat kebangsaan. Nampak sangat Pakatan Pembangkang dah kekurangan isu selepas Mat Sabu teruk kena hentam.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger