Wednesday, September 28, 2011

TERKINI: TAIB BUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT DALAM ROMBAKAN KABINET SARAWAK



Tiada sebarang kejutan ke atas rombakan kabinet Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak petang tadi melainkan pemansuhan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 2 yang dikhususkan kepada calon berketurunan Cina dan pertukaran atau penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta menampilkan beberapa muka baru bagi menghiasi kabinet Sarawak bagi penggal ini.

Keputusan Taib memansuhkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 sememangnya telah dijangka memandangkan parti yang mewakili kaum Cina, SUPP telah mengalami kekalahan teruk hingga menyebabkan jawatan itu yang dikhususkan kepada wakil rakyat Cina terpaksa dimansuhkan. Keputusan PRN Sarawak Ke-10 lepas yang menyaksikan hanya 2 orang calon Cina dari SUPP yang menang manakala selebihnya kalah di tangan DAP telah memberikan isyarat bahawa kaum Cina tidak mahu berada dalam kerajaan.

Pengumuman penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang diterajui Datuk Hajjah Fatimah Abdullah amatlah bertepatan. Prestasi yang ditunjukkan Datuk Hajjah Fatimah yang baru saja dianugerahkan gelaran “Datuk” sememangnya layak mengisi jawatan di kementerian baru itu. Ternyata kerajaan negeri sangat mementingkan sumbangan wanita dalam kemajuan Sarawak pada masa akan datang selaras dengan dasar transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri.


Perlantikan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Asajaya, YB Hj Abdul Karim bin Hamzah dan ADUN Sebuyau, YB Julaihi Narawi ke dalam kabinet telah dijangka awal-awal lagi berikutan perkhidmatan lama mereka sebagai ADUN di kawasan masing-masing dan mempunyai banyak pengalaman.

Walaupun masih baru sebagai ADUN, kemasukan Datuk Len Talip Salleh turut diketahui dari awal berdasarkan pengalamannya semasa mengetahui Perbadanan Perkayuan Sarawak. YB Dr Jerip Susil yang menang dengan majoriti yang banyak di DUN Bengoh layak menganggotai jawatan Menteri Muda beserta YB Liwan Lagang dan Robert Lawson Chuat di atas kejayaan cemerlang mereka dalam PRN Sarawak ke-10 April lepas.

Manakala, penyenaraian YB Rosey Yunus, satu-satunya calon tunggal wanita yang dibawa masuk Taib pastinya akan menyemarakkan lagi kaum-kaum wanita di Sarawak.

Sememangnya, penyenaraian muka-muka baru yang menghiasi Kabinet Sarawak kali ini adalah yang terbaik berdasarkan pengalaman, prestasi yang gemilang dan sokongan rakyat terhadap wakil rakyat masing-masing. Memansuhkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak 1 itu dibuat berlandaskan pretasi semasa dan tiada sebarang prasangka buruk terhadap kaum Cina. Ini pastinya memberikan pengajaran yang berguna kepada kaum Cina dan SUPP terutamanya agar sokongan berterusan kepada kerajaan dan BN demi menjaga kepentingan kaum Cina di masa hadapan.

2 komen:

  1. hapii warga cina sarawak....PRU13 Parliment meka tetap akan undi aljuburi...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kpd yg Dilantik menjawat jawatan menteri.tahniah kpd YAB ketua menteri krn kebijaksanaan menstrukturkan organisasi agar Lebih mantap Dan berkesan dal am memberi khidmat kpd rakyat Sarawak......tp jgn dilupakan kpd yb2 yang telah dipilih sebagai ahli majlis tertinggi (mkt) PBB Dan cemerlang Dlm pilihanraya yg lepas serta mendapat majority yang besar spt YB Murni Suhaili n YB.Dr Abdul Rahman Ismail yg juga boleh diketengahkan sebab mereka juga mempunyai bakat memimpin tetapi tiada sebarang jawatan.Begitu juga YB dr.Abdul Rahman Junaidi,YB Abu Seman (sekadar beberapa nama) yang Lebih dari sepenggal Dan disayangi oleh rakyat Kawasan mereka..wahai orang Atasan,renung-renungkan Dan selamat berfikir.......

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger