Thursday, September 8, 2011

TRANSFORMASI SUPP: PRESIDEN DILANTIK DARI KALANGAN BUKAN CINA



Akibat kemaluan yang amat sangat, apabila kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 serta kemerosotan sokongan rakyat khususnya daripada kalangan pengundi Cina telah menyebabkan Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan tidak menolak kemungkinan jawatan Presiden SUPP akan datang akan disandang oleh pemimpin bukan Cina.

Cadangan ini relevan dan tidak salah memandangkan tiada peruntukan undang-undang parti yang menyatakan jawatan Presiden perlu disandang oleh pemimpin daripada kalangan kaum Cina. Di samping itu, SUPP sebenarnya bukan parti berasaskan kepada satu kaum sahaja, tetapi juga diwakili oleh pelbagai kaum termasuk Melayu dan Bumiputera Sarawak.

Untuk itu, adalah tidak mustahil jawatan Presiden SUPP selepas ini akan disandang oleh bukan Cina. Sudah tiba masanya SUPP melakukan transformasi kepimpinan seperti yang dimahukan rakyat.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10, pemimpin Bumiputera Sarawak yang mewakili SUPP telah menang di kesemua kawasan DUN berbanding pemimpin daripada kaum Cina yang hanya menang 2 kerusi.

Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan juga tidak menolak kemungkinan perkara ini akan berlaku.

“Kenapa tidak? Sekiranya ia merupakan jalan baik untuk meraih semula sokongan masyarakat, kita teruskan sahaja (dengan presiden Bumiputera)”.

Sebelum ini telah kedengaran beberapa pemimpin Bumiputera Sarawak yang bersedia menjawat jawatan Presiden SUPP sekiranya dicalonkan dan mendapat sokongan daripada akar umbi.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem yang meluahkan kesediaannya untuk menjadi presiden Bumiputera SUPP yang pertama sekiranya terpilih pada Persidangan Perwakilan Tritahunan parti pada Disember ini.

Kenyataan ini menggambarkan bahawa perebutan jawatan Presiden SUPP akan datang akan menyaksikan persaingan sengit. Sesiapapun yang menjawat jawatan Presiden SUPP selepas ini, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mendengar cadangan dan komen daripada parti-parti kompenan lain atau orang perseorangan atas dasar mengembalikan sokongan.

Janganlah bersikap seperti semuanya aku tahu kerana ini akan menyebabkan sejarah pasti akan berulang seperti mana yang berlaku dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 lepas. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger