Friday, September 16, 2011

ZAID IBRAHIM SUDAH MINTA MAAF, PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG LAIN BILA LAGI?



Tindakan berani Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam yang mengumumkan transformasi dalam memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi undang-undang mencerminkan ketelusan dan mengotakan janji-janji Najib ketika mula-mula menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, ramai di kalangan pemimpin-pemimpin BN dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan menyatakan tindakan Najib itu sebagai suatu tindakan yang gentelmen dan terpuji. Najib dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang lain daripada yang lain berbanding Perdana Menteri sebelum ini. Begitu juga jika dibandingkan dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang diibaratkan macam langit dengan bumi. Ini kerana, kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang hanya tahu dan pandai berjanji sahaja, tetapi tidak pernah dikotakan.

Pastinya selepas ini, isu pemansuhan ISA akan menjadi tajuk utama berita yang akan menjadi perdebatan Pakatan Pembangkang dalam mencari kesalahan BN. Demikian juga, Pakatan Pembangkang melabelkan tindakan Perdana Menteri memansuhkan ISA sebagai memancing undi pilihan raya.

Sememangnya, apa saja yang dibuat kerajaan dan BN demi untuk rakyat akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Pembangkang. Perjuangan BN sebenarnya adalah untuk membantu dan meringankan bebanan rakyat daripada kesusahan yang dihadapi, tetapi Pakatan Pembangkang pula lebih suka melihat rakyat terseksa dan tertindas.


Reaksi Datuk Mohd Zaid yang mengejutkan ramai pihak terutama di kalangan penyokong Pakatan Pembangkang apabila ‘memohon maaf’ secara terbuka kepada Perdana Menteri. Perbuatan Zaid ini mencetuskan kegusaran ke atas Pakatan Pembangkang yang tidak senang dengan penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri. Pengumuman malam tadi semestinya telah berjaya meningkatkan peratusan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan dalam terus mentadbir negara.

Menurut Zaid, beliau sebelum ini tidak yakin dengan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan ISA. Tetapi, pengumuman malam tadi telah berjaya melesetkan pandangannya yang selama sangat sangsi akan janji-janji Najib sebagai Perdana Menteri.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini”.

Menurut Zaid, kebanyakan pengumuman Perdana Menteri adalah hadiah kepada rakyat Malaysia”.

1 komen:

  1. TAK SALAH KALAU KITA BERMAAF-MAAFAN...

    YG SALAH DIBETULKAN...

    JGN JADI MCM PAS BILA BT SALAH PUN DOK RASA BETUL PASTU AJAK BERDEBAT KAT ORG YG SALAH.SEBELUM DIA ZAID MINTA MAAF AKU MMG MELUAT KAT DIA TAPI BILA DIA HUMBLE MCM NI AKU HORMAT SKIT LA KAT DIA.TAK BLEH HORMAT LEBIH2 SBB ZAID NI PENAH BERPALING TADAH PADA UMNO DLU.

    PEJUANG HAMAS.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger