Sunday, October 9, 2011

ADUN BATU LINTANG SEE CHEE HOW SIFATKAN BELANJAWAN 2012 SEBAGAI YANG TERBAIK



Belanjawan yang terbaik dalam sejarah Malaysia. Itulah kata-kata pujian yang dilemparkan ADUN Batu Lintang dari PKR, See Chee How terhadap Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Walaupun berbeza dengan idealogi politik, namun atas dasar negara berkebajikan, See Chee How menganggap belanjawan tersebut sebagai yang terbaik untuk rakyat.

Mengakui Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding Belanjawan Pakatan Pembangkang yang dibentangkan Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.

Belanjawan 2012 kali ini meliputi keseluruhan rakyat Malaysia sama ada individu isi rumah, pegawai dan kakitangan sektor awam dan swasta, pelabur-pelabur luar negara, pembangunan luar bandar dan bandar, dan perkhidmatan untuk rakyat.

Di sebalik pujian tersebut, See Chee How juga tidak menolak Belanjawan 2012 itu berupa umpan politik. Ini kerana walaupun sasaran kerajaan dalam Belanjawan 2012 itu meliputi semua rakyat, namun beliau mengakui sasaran itu  sebenarnya bersesuaian dengan Gagasan 1Malaysia.

Apakah Belanjawan 2012 itu mengukuhkan sokongan ke atas BN? Adalah tidak mustahil sokongan rakyat ke atas BN selepas ini akan terus bertambah memandangkan Belanjawan 2012 ini sebenar-benarnya untuk rakyat.   

Menurut See Chee How lagi, konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan PAS sebelum ini telah tidak menampakkan realistik disebabkan keseluruhan Belanjawan 2012 itu bersifat menyeluruh kepada kebajikan rakyat sambil mengakui kerajaan BN telahpun memulakan negara berkebajikan sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger