Sunday, October 30, 2011

DAH NAK MASUK PRU-13, MASALAH BEKALAN AIR DI KELANTAN MASIH LAGI TIDAK DISELESAIKAN KERAJAAN PAS



Andai dikatakan negeri paling mundur dari segi keperluan asas, pastinya ramai yang bersetuju memilih Kelantan. Semenjak memerintah Kelantan dari tahun 1994 hingga sekarang, masalah bekalan air paip yang menjadi manifesto PAS sewaktu pilihan raya dulu masih lagi tidak diselesaikan. Kini, dah nak masuk PRU-13, masalah ini masih juga tidak dapat diselesaikan, tetapi apabila bercakap pasal politik PAS seperti berkeyakinan bahawa PAS akan sekali lagi mempertahankan Kelantan sekali lagi.

Isu bekalan air paip di Kelantan bukanlah perkara baru yang telah kerap kali janji-janji manis mulut diberikan PAS sewaktu pilihan raya. Sehingga kini, masalah ini tiada kesudahannya sebaliknya menyalahkan kerajaan terdahulu kononnya mengabaikan kebajikan rakyat Kelantan.

Dalam hal ini, kerajaan PAS tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat bagi menangani masalah air paip. Sebagai parti yang memerintah, kerajaan PAS harus sedar tanggungjawab yang harus dipikulnya dan bukannya menyalahkan orang lain.

Kejayaan PAS menawan Kelantan daripada BN pada Pilihan Raya 1994 itu menandakan rakyat menolak kepimpinan BN dan mahukan perubahan. Mereka percaya PAS mempunyai pilihan yang lebih baik daripada BN bagi menyelesaikan masalah mereka khususnya dalam menghadapi masalah air paip.


Kemenangan PAS ketika itu dan berjaya membentuk kerajaan negeri dilihat akan dapat menyelesaikan masalah rakyat. Harus diingat, Jabatan bekalan Air Kelantan terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bagaimanapun, dari 1994 hingga sekarang, 17 tahun berlalu masalah air ini tidak juga selesai.

Terbaru, penduduk India di Kelantan pada perayaan Deepavali ini menghadapi kesukaran apabila bekalan air paip sentiasa terganggu dan yang lbih parah ada tempat yang tidak mempunyai bekalan air paip. Demikian juga pada bulan Ramadhan dan Syawal yang menyaksikan bekalan air aip terjejas hingga menyebabkan kehidupan seharian terutama untuk mengambil air sembahyang dan keperluan kehidupan harian mengalami gangguan.

Dalam aduan rakyat yang disiarkan di TV3 pada Sabtu dan Ahad menceritakan masalah air di Kelantan tidak hanya terhad kepada kawasan Kuala Krai sahaja, tetapi juga berlaku di Machang, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.


Semasa ditemuramah, Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) menjelaskan pihaknya sedang dalam kajian mengenal pasti air tidak berhasil, NRW, kini dilakukan dan dijangka siap setahun lagi.

Ketika diajukan masalah air ini oleh penonton TV3 mendapati masalah air di Kelantan bukan isu baru. Bermacam liputan berita serta laporan khas dilakukan sebelum ini, namun tiada perubahan ketara.

Berikut adalah antara beberapa orang rakyat Kelantan yang ditanya mengenai masalah air paip ini:

Ramli Hussin, Wartawan: "Rakyat memang nak sesuatu perubahan dari sudut kemudahan air. Jadi mungkin dia malu ke, takut ke atau selesa dengan suasana susah dinilai. Tapi hakikatnya, mereka memberontak mengenai air ini. Saya tak tahu masalah ini akan di terjemah dengan bentuk apa."

Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Dia tak boleh lari dari masalah. Dia kena selesai masalah ini. Itu jalan penting. Bukan nak politikkan. Kita tak nak politikkan sebab di sini, Kelantan PAS tak payah takut. Ramai orang sokong PAS. PAS tak payah takut di Kelantan. Tapi kalau dah tak ada macam ini, saya pun fed-up betul tak. Saya 2008 pun dengan dia orang bersama dia orang. Kalau dah macam ini kita pun fed-up. Dah tak dapat bagi apa yang kita perlu."

Seorang penonton TV3 telah mengutarakan pandangan yang boleh dikongsi bersama menerusi emel. Adiknya kini sedang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, Kelantan. Adik pengadu mengadu adalah menjadi satu kebiasaan menghadiri kelas tanpa mandi untuk 3 atau 4 hari. Malah pelajar-pelajar digalak pulang ke rumah hujung minggu kerana tiada air di maktab.

Persoalan, bagaimana dengan nasib pelajar perempuan yang berhadas dan ke mana pelajar luar Kelantan pergi bila diminta tinggal luar asrama hujung minggu?

Selepas ini undi PAS, Kelantan tidak akan berair lagi. 

2 komen:

  1. mandi air kencing nik ajis je.

    ReplyDelete
  2. Masalah air Kelantan..
    Bil air dikutip kerajaan pusat..
    Kos air kerajaan pusat suruh kelantan tanggung..

    Jawapan bertapis dari kakitangan AUKU Jabatan Air Kelantan..

    [4.108] Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

    [5.67] Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

    Dasar lembu .. Walaupun dibela dikondo.. tetap lembu jugak..

    Bab air kelantan, tanah tergadai di PP.. semua dah ada posting..

    Balik2 spin benda yang sama..

    Masalah Air Kelantan/Selangor/Pahang sama je..

    Siapa yang bertanggung-jawab sebenarnya..

    http://www.youtube.com/watch?v=exJOfyO2ejc

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger