Monday, October 24, 2011

DEEVAPALI: BEKAS PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA ADA HADIAH BUAT LIM GUAN ENG



Sembilan keluarga yang pernah mendiami Kampung Buah Pala menjelaskan mereka tidak akan mengalah dan tetap meneruskan perjuangan untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berkata, mereka tidak akan berputus asa meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran. Semangat mereka seharusnya dicontohi oleh penduduk kampung tradisional di Pulau Pinang yang sejak kebelakangan ini menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri dan pemaju.

“Saya harap perjuangan kami akan membuka mata rakyat supaya tidak mudah mengalah dalam memperjuangkan hak mereka. Jangan biarkan kerajaan negeri atau pemaju sewenang-wenangnya merampas hak kita.”

Beliau ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah pampasan kepada 24 keluarga Kampung Buah Pala yang dijanjikan sebelum ini.

Mereka terdiri daripada 17 keluarga India dan tujuh keluarga Melayu yang merupakan penduduk asal kampung berkenaan.

Dua tahun lalu, mahkamah memutuskan penduduk kampung tradisional India tertua di Pulau Pinang itu tidak mempunyai hak ke atas tanah di situ dan perlu mengosongkan kawasan itu, namun mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Sugumaran memberitahu, beliau gembira kerana perjuangan kesemua 33 keluarga terbabit selama ini tidak sia-sia dalam mendapatkan pampasan itu.

Hari ini mereka sudah dapat rumah yang mereka mahukan

1 komen:

  1. rumah teres or pangsa???

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger