Sunday, October 30, 2011

JANJI MULUT HADI AWANG KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU



Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak berusaha untuk meningkatkan sosioekonomi dan memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia, Pakatan Pembangkang seperti biasa menolak cadangan itu. Alasannya mudah, projek transformasi yang hendak dibangunkan kerajaan itu sia-sia sahaja dan menghabiskan wang rakyat.

Seperti biasa, parti bukan pemerintah akan sentiasa cuba untuk menggagalkan cadangan kerajaan  walau dengan apa cara sekalipun.

Terbaru, cadangan kerajaan mahu membangunkan Kampung Baru telah mendapat bantahan daripada parti pembangkang dan bukannya daripada penduduk Kampung Baru. Yang peliknya, kenapa Pakatan Pembangkang terutamanya PAS dan PKR sibuk menghasut penduduk Kampung Baru untuk menolak cadangan kerajaan yang mahu memajukan kampung itu?

Yang pasti, penduduk Kampung Baru merupakan majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Melayu. Menjadi tradisi PKR dan PAS akan cuba menawan hati penduduk Melayu untuk menyokong mereka dengan menyampaikan dakyah dan fitnah kononnya cadangan kerajaan itu merugikan penduduk Kampung Baru.

Seperti biasa, PAS mengeluarkan janji-janji mulut manisnya dengan akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Bagi memberikan lebih janji mulut, Presiden PAS itu memberikan jaminan bahawa pembangunan Kampung Baru akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jaminannya akan kita fikir, kita masukkan dalam manifesto kita. Maknanya hak rakyat akan kita utamakan kerana pemaju ini ada kepentingan. Yang lebih membimbang kita ialah ia dibayangi rasuah.”

Jika ini berlaku, perkara yang sama seperti yang berlaku ke atas Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan beberapa buah kampung di Kelantan yang hanya bermodalkan janji manis mulut dan akhirnya kampung tergadai.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger