Friday, October 28, 2011

KEMELUT PEMBAHAGIAN KERUSI PAKATAN PEMBANGKANG KIAN PARAH



Ketidaksepakatan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Pakatan Pembangkang di Kedah dijangka akan merebak ke beberapa negeri lain termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

PKR, PAS dan DAP masing-masing tidak mahu mengalah dalam pembahagian kerusi di Kedah dengan alasan setiap calon dan parti yang akan bertanding di satu-satu kawasan akan kalah. Hakikatnya, imej BN yang sedang dalam melaksanakan transformasi di peringkat kompenan sama ada UMNO, MCA, MIC mahupun kompenan di peringkat negeri telah semakin diterima rakyat sejajar dengan hasrat Presiden BN.

Kemelut antara DAP dan PKR di Kedah berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti menjelang pilihan raya umum akan datang.


Situasi terbaru yang berlaku di Kedah ini bukanlah suatu isu yang baharu, sebaliknya telah menjadi asam garam dalam setiap kali menjelang pilihan raya. Keadaan sekarang nampak berbeza kerana Pakatan Pembangkang yang beriya-iya mahu mengadakan pilihan raya sedangkan parti memerintah, BN sibuk dengan membantu menyelesaikan masalah rakyat dan memajukan negara.

Malah situasi yang berlaku di Sarawak semasa Pilihan Raya DUN Sarawak April lepas yang menyaksikan kegagalan pembahagian kerusi di antara PKR, DAP dan SNAP. Kegagalan ini telah menyaksikan pertembungan menarik antara PKR dan SNAP dengan BN. Pertembungan menarik ini akhirnya memihak kepada BN sehingga dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam PRN Sarawak itu.

Apakah pertembungan menarik juga akan berlaku dalam PRU-13 akan datang dengan menyaksikan pertembungan sesama kompenan Pakatan Pembangkang? Ianya tidak mustahil dan jika ini semakin parah, pastinya akan berlaku pembubaran Pakatan Pembangkang seperti mana yang sering berlaku sebelum ini. Di sini, BN akan merasai kenikmatannya untuk mencapai kemenangan mudah 2/3 majoriti.

Bagaimanapun, senario terbaru Pakatan Pembangkang itu tidak berlaku dalam BN yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen. Oleh sebab itu, setiap kali pilihan raya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Pembangkang khususnya di beberapa kawasan yang telah dipersetujui kompenan BN.

Kemelut Pakatan Pembangkang itu sesekali tidak akan dicampuri BN sebaliknya membiarkan agar isu tersebut merebak ke beberapa negeri bagi membuktikan Pakatan Pembangkang tidak sepakat dan lebih mementingkan diri sendiri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger