Saturday, October 29, 2011

KERAJAAN BN AMBIL TINDAKAN TEGAS KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG PULA TERUS BIARKAN



Laporan Ketua Audit Negara berhubung berlaku beberapa perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kerugian dan ketirisan dalam perkhidmatan awam akan diambil tindakan segera oleh pihak-pihak berwajib. Ini bagi menjamin keseriusan kerajaan dalam menangani perbuatan yang tidak bertanggungjawab tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara, beberapa kesalahan dan perlakuan yang melibatkan bentuk pembelian dan urusan jual beli barangan keperluan pejabat dan organisasi telah dilaporkan dengan membabitkan nilai yang besar. Bagi menangani masalah ini supaya menjadi iktibar dan pengajaran di masa hadapan, kerajaan akan melakukan siasatan dan mengenakan hukuman setimpal.

Bagi menangani isu penyelewengan, kerajaan telah menyediakan sistem semak dan imbang, iaitu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan.

"Ia perlu supaya mereka yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman dan masalah penyalahgunaan peruntukan tidak berulang.”

Kerajaan tegas mengamalkan konsep akauntabiliti dan perkara itu jelas melalui laporan yang dibentangkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi kerajaan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan. Sebaliknya, mereka kini hanya menunding jari kepada kerajaan di atas Laporan Ketua Audit Negara itu yang memfokuskan kesalahan di atas jabatan/ kementerian dalam perkhidmatan sekarang.

Akibat daripada sikap keterlaluan dalam menunjukkan kesalahan ke atas kerajaan BN, mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi penyelewengan yang dilakukan ke atas negeri taklukan mereka. Ini secara langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Pembangkang menghalalkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Laporan Ketua Audit Negara juga antara lain menegur dua negeri di bawah Pakatan Pembangkang, iaitu Selangor dan Kelantan berhubung beberapa kelemahan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan selain penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan kawalan peruntukan yang tidak cekap.

Di Selangor, pelbagai kelemahan telah dikesan hingga menyebabkan syarikat milik penuh kerajaan negeri kurang berdaya saing. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan sehingga kini Anwar Ibrahim tiada jawapan ke atas persoalan itu.

Kelantan pula sehingga Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan masih liat dan gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran balik hutang yang tinggi kepada kerajaan persekutuan. Menjadi kelaziman kerajaan Kelantan, mengkritik dan memfitnah kerajaan Persekutuan, tetapi meminta bantuan kewangan ekonomi pula.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga memperlihatkan penyata negeri Selangor berhubung hasil pendapatan kerajaan negeri menurun sebanyak 10.9 peratus, iaitu jumlah yang tertinggi dalam mana-mana negeri di Malaysia.

Pulangan pelaburan jangka panjang di Selangor juga tidak memuaskan apabila mendapat pulangan dividen rendah dan hanya 64.5 peratus projek Rancangan Malaysia Ke-9 dibiayai kerajaan negeri dapat disiapkan.

Laporan Audit Negara yang diumumkan awal minggu lalu juga mengandungi teguran Ketua Audit Negara yang mendapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan jabatan atau agensi untuk 2009.

Demikian juga dengan anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) juga mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009.

Bayangkan sekiranya Pakatan Pembangkang mentadbir dan memerintah Malaysia sekiranya Laporan Ketua Audit Negara diambil kira? Pastinya, negara akan hancur dan terjerumus ke arah inflasi dan kemelesatan ekonomi disebabkan pemimpinnya yang tidak opandai memerintah dan mentadbir ekonomi sebaliknya hanya gemar bermain politik kotor. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger