Wednesday, October 19, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM: SAKSI PERTAMA PENDAKWARAYA BUATKAN KARPAL SINGH MOHON DIADAKAN PERBICARAAN TERTUTUP



Bermula minggu ini, kes liwat Anwar Ibrahim akan melalui saksi-saksi pendakwaraya seramai 4 orang setelah peguambela Anwar Ibrahim menamatkan saksi-saksi bagi pihak peguambela. Susulan itu, tumpuan utama perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim adalah kenyataan saksi utama peguambela pakar sakit tulang belakang Belanda Dr Thomas Hooglands.

Semalam, saksi pertama peguambela, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Zalina Md Zin dipanggil bagi mempertikaikan kenyataan saksi pembelaan, pakar sakit tulang belakang Belanda Dr Thomas Hooglands bahawa dalam keadaan Datuk Anwar Ibrahim sekarang tipis kemungkinan beliau boleh lakukan aksi seks.

Selain Dr Zalina, saksi-saksi pendakwaraya terdiri daripada pegawai penyiasat kes liwat DSP Jude Pereira, penolong pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Abdullah, Sarjan Ahmad Abdullah dan Dr Jeyaindran dari Hospital Kuala Lumpur.

Susulan itu, peguambela Anwar Ibrahim, Karpal Singh telah memohon mahkamah untuk diadakan perbicaraan tertutup. Sebelum ini pihak peguambela telah beberapa kali memohon mahkamah untuk mengadakan perbicaraan secara tertutup dek kerana takut kandungan perbicaraan akan menjadi back fire kepada peguambela.

Apakah rasionalnya Karpal Singh mahu memohon mahkamah mengadakan perbicaraan tertutup sedangkan perbicaraan kes liwat itu adalah terbuka? Jika terbuka, kenapa pula Karpal Singh mahukan perbicaraan tertutup?

Mahkamah telah menetapkan 23 dan 24 November ini untuk pihak pembelaan buat hujahan terakhir kes. Selepas itu, sekiranya tiada sebarang masalah, kes liwat Anwar Ibrahim ini dijangka akan diketahui keputusannya dalam masa terdekat.  

1 komen:

  1. BUKAN MAKHLUK MEREKA NI JUGAK YG SEBOK MELALAK NAK KEADILAN SECARA TELUS? TELUS MEAN SEMUA ORANG ESPECIALLY RAKYAT BERHAK UNTUK TAHU. YG NAK TUTUP2 BUAT APA? LEPAS TU SEBOK KATA MAHKAMAH TAK ADIL, KENA ANIAYA. BERHADAPAN SAJALAH SECARA TERBUKA ITU BARU BUDIMAN JIKA TAK ADA SALAH DAN TAK ADA APA YG NK DISEMBUNYI!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger